Tuesday 7 October 2014

MEREKA PERLUKAN KITA!

innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
al-fatihah untuk blog yang kian mati ini.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



[kredit]


Hari itu, hari sabtu. Entah kegilaan apa yang manusia itu fikirkan, dia membawa diri merayau di tengah-tengah kota. Di belakangnya, dia menggalas seketul beg, dan ditangan kanannya pula, juga ada seketul beg yang lain; kedua-duanya sederhana besar. Ketika itu, dia baru sahaja tiba di sebuah stesen lrt, dan tanpa berfikir, kakinya bergerak mengikut aliran arus perdana.


Baru sahaja manusia itu mahu menjejakkan kakinya ke anak tangga pertama, beg galasnya disambar dari belakang. ahh, sudahh... dengan hanya bermonolog dalaman, manusia itu kaku, tidak bergerak.

'Kau dah kenapa tak jerit minta tolong?! haishh!'

Suara itu, seakan manusia itu kenal. Namun belum sempat dia menolehkan pandangan ke arah suara itu, pemilik suara itu sudah berlari, mengejar si penyambar beg. Dan dia pula masih di situ, berdiri kaku, memikirkan sama ada ini adalah mimpi atau tidak. Dia kenal suara itu, tapi tak mungkin!

'nah, beg kau. Nasib baik budak tu terjatuh turun tangga tadi. Kalau tak, lenyap dah beg kau ni.'

Iya, Ajoi. Dasar budak tak reti nak berubah, tak pernah nak sapa orang elok-elok, mesti kena sergah juga.

'Thanks weh. Sorry lah susahkan kau.'

'Kau dah kenapa?'

Senyum kekok. Geleng.

Jeda menyapa. Awkward.

Mana taknya, bukannya mereka tak rasa bahang pandangan orang sekeliling. Yang seorang bertudung 60', yang seorang lagi berseluar three quarters. Itu belum cerita lagi gaya baju dan topi mamat tu. Ah, persetankan fikiran orang. Takkan nak kena buat announcement bagitau Ajoi jadi hero?

'Jom lah pergi mana-mana, kita borak.'

Manusia itu, mengikut sahaja langkahan Ajoi. Dia tahu, dia perlu tamatkan perjumpaan yang tak disangka itu dengan baik. Dia perlu tinggalkan sesuatu, untuk Ajoi. Dia tak boleh lenyap begitu sahaja sekali lagi. Tak boleh.

'Duduk lah. Ke kau nak borak sambil berdiri?'

Kena sergah lagi sekali. Padan muka, siapa suruh mengelamun.

'Kau nak apa? Aku belanja.'

'Takpe, aku puasa.'

Ajoi angguk, lalu memesan air untuk dirinya sahaja.

'Kau buat apa dekat sini?' Manusia itu memulakan perbualan.

'Aku kerja sini. Kalu siang, dekat kedai seberang tu.'

'Kalau siang? Habis kalau malam?'

'Aku tak payah cerita kot.' sengih.

'Kau tak sambung belajar ke?'

'Aku ada spm, cukuplah untuk aku cari makan.'

'Benda-benda dulu tu, kau tinggal tak?' Teragak-agak manusia itu bertanya.

'Kau jangan bajet ustazah weh.'

'Aku tanya sebagai kawan lama.'

Nafas berat dihela. 'Kan aku pulangkan balik beg kau. Maksudnya tak lah.'

Manusia itu senyum. Lega.

Ajoi mula bermain dengan straw minumannya. Sedang manusia itu pula ambil peluang sapaan jeda untuk menaip sesuatu didalam telefonnya. Setelah selesai, dia memerhatikan gelagat Ajoi. Sekejap angkat wajah, memandang manusia itu. Sekejap yang lain, dia menundukkan semula kepalanya. Dan sambung bermain straw.


Ajoi, masih tak berubah.


'Kau nak cakap apa?'

Ajoi tersentak. Senyum kambing, garu kepala.

'Dulu, waktu kau call aku bagitau kau nak tinggalkan semua-semua benda, kau nak berubah apa semua, aku ingatkan kau main-main.'

'Sebab?'

'Macam kau pernah cakap, benda yang dah sebati dengan diri kau, susah nak buang. Walaupun kau nampak tough, aku tak expect kau kuat untuk tinggalkan for real.'

'Aku tak pernah cakap senang.'

'Tapi kau tak cakap susah jugak.'

'Aku tak pernah cakap apa-apa.'

Ajoi mengeluh perlahan.

Manusia itu tahu Ajoi mahu bertanya sesuatu. Tapi dia tak pasti apa. Connection yang mereka pernah ada suatu ketika dulu, sudah hilang. Hilang ditelan masa. Ah, pedulikan. Kalau dia nak tanya, dia tanya. Kalau tak, lantak.

'Kau, macam mana kau....?' Soalannya mati disitu. Dia tahu, manusia itu faham.

'Sebab aku nak. Kau ingat tak waktu kecik-kecik dulu, waktu kita selalu lari dari kelas sebab nak makan? Kita nak sangat makan, sampai tak kesah nanti kena marah.'

'Kau nak cakap apa sebenarnya?'

'Ibaratnya macam tu lah. Kalau kau betul nak, kau akan hiraukan segala sakit tak sakit. Simply sebab kau nak.'

Ajoi berfikir seketika. 'Aku nak kaya.'

'Kenapa?'

'Sebab aku nak bahagia.'

'Sekarang tak bahagia?'

'Kau familiar kan dengan kehidupan aku ni?'

'Kau jamin kau boleh bahagia kalau kau kaya?'

'Kau kenapa?'

'Bahagia tak datang dengan duit weh.'

'Apa argument kau?'

'Kalau kau sedih, benda pertama kau cari apa?'

'Member.'

'Kau kena bayar tak kalau nak jumpa member?'

'Mesti lah tak!'

'Kalau kau stress, kau cari apa?'

'Aku pergi padang, tengok orang main bola.'

'Tak guna duit jugak kan?'

'Tak.'

'Tu argument aku.'

'Kau ni, dah pakai tudung besar pun, still nak menang kan?'

'Aku ada argument, bukannya tak berasas.'

'Apa-apa lah..'

'Kau bukan nak kaya. Kau nak bahagia.'

Ajoi tersenyum seketika.

'Sekarang kitorang dah takda kaunselor.'

'Tapi sekarang korang semua masih lagi hidup. Kira judgement korang tu not bad la..'


Ajoi gelak, kuat. Dan mata-mata mula memandang.

'Aku rindu kau, weh.'

Dan dengan frasa yang diucapkan Ajoi itu, manusia itu tahu, kerjanya sudah selesai. Dia sudah boleh teruskan perjalanannya.

Di akhir pertemuan itu, Ajoi memesan, 'Kau dah macam ni, kau jangan pulak lupa asal usul kau. Kau dulu macam kitorang jugak.'

'Aku tau joi, aku tau.' Manusia itu senyum. Perasaan mahu menepuk bahu Ajoi ditolak jauh-jauh.

'Weh, kau sekarang....... bahagia, kan?'

Manusia itu terus tersenyum dan melangkah pergi, membiarkan soalan itu tidak terjawab. Dia sambung membawa diri ke destinasi yang lain. Siapa sangka, dada yang sesak menjadi sedikit lapang dek kerana pertemuan tak dijangka itu. Siapa sangka, dalam ramai-ramai manusia disekelilingnya, Allah pilih Ajoi, seorang yang jika sekali pandang kelihatan seakan mat rempit, untuk melegakan sedikit sakit di hatinya.


Aku harap, kau faham Ajoi.

Aku harap, next time aku datang, aku tak jumpa kau, tapi Ajoi yang baru.

Aku akan doakan kau. Dan kawan-kawan kita dulu.


Paling aku harap, korang semua dapat tunggu aku. Tunggu aku jadi betul-betul kuat, sebelum aku kembali bersama korang. Supaya aku dapat selamatkan korang.

Sebab, walau apa pun, aku masih lagi sayangkan korang.





*******************************



kebanyakan orang, bila melihat orang-orang muda sekarang, mereka akan menggelengkan kepala, seakan-akan tiada harapan pada mereka.

kebanyakan orang, bila terserempak dengan mereka-mereka yang berpakaian 'rugged', mereka akan mengangkat seribu langkah.

kebanyak orang, bila mata mereka menatap golongan ini, mereka mudah membuat konklusi bahawa golongan ini adalah golongan yang masa depannya pasti sekitar 'jenayah'.

tapi, kebanyakan orang tidak tahu, pandangan-pandangan yang sebegitulah yang lebih mematikan golongan-golongan ini.

Saya jadi amat marah, bila melihat budak-budak usrah, geng-geng tabligh, sek-sek talaqqi, ahli-ahli tamrin yang kuat mengelamun, tenggelam dengan 'kebaikan' yang mengelilingi mereka, rasa diri sudah cukup bagus. Sedang di luar sana, rakan-rakan saya sedikit demi sedikit menghampiri kematian jiwa.

Usah dipersoalkan mengapa mereka sendiri tidak tarik diri keluar dari kelumat dosa dan cari bantuan. Usah dipersoalkan. Kerana jika kamu pernah berada di tempat mereka, pasti kamu akan faham. Dan jika benar kamu mahukan kebaikan untuk umat ini, pasti kamu tidak akan mempersoal, tapi kamu akan bergerak.

Sedarlah! Apa guna kamu berada di dalam kebaikan jika kamu tidak menyebarkan kebaikan?! Kamu menggeleng laju melihat keadaan anak-anak muda kita, tapi apa yang kamu buat untuk memperbaik pulih mereka?

Tak perlu berbangga dengan diri kamu, jika kamu tidak pernah duduk semeja dengan golongan-golongan ini, jika kamu tidak pernah cuba menyelami hati mereka!

Maaf, tapi saya perlu katakan seperkara ini. Dada saya sudah sesak, melihat budak-budak 'baik' yang berlagak dan terpukau dengan dunia mereka sendiri.

There's a whole lot more than you in this world.

Keluar. Dan lihatlah dunia ini.

Kemudian lihat diri kamu pula.

Dan tanya pada diri, apa yang kamu telah buat untuk menyelamatkan mereka?










Innalillah.

Al-fatihah buat da'ie-da'ie yang kian mati fungsi nya.