Sunday, 17 March 2013

PRIORITISE YOUR PRIORITY

Type prioritise, then tengok ada underline merah. tanda salah eja. eh, bia la aku taknak ikut American punya english. sibuk je.

Tetiba. Emo.

Maaf.

Start balik.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

esok hari terakhir cuti pertengahan semester. dan selama cuti ini, saya berada dalam kampus. bukan seorang diri, tapi hampir. ye, hampir.

walaupun begitu, telefon sentiasa aja berbunyi. mesej dan call dari ketiga2 roomate serta ramai sahabat2 yang lain. setiap kali, pasti akan ada pertanyaan 'ok tak kat sana?' mummy pula, tak sempat saya nak call, mummy dah call. setiap malam begitu. terharu ramai yang risaukan saya. korang, jangan risau, saya se-osem-osem-nya kat sini. Allah kan ada. ;)

sometimes being alone for a while helps. really, really helps. especially when your mind is in the state of a torn down city. get what i mean? ok, nevermind. moving on.

kenapa tak balik?

saya ada sebab saya. antaranya sebab saya ada kerja yang terlampau banyak; kambing2 yang tak bagi makan lagi, baja yang perlu dibeli, kuda yang hampir setahun tak dimandikan, ayam yang berkeliaran perlu dikejar bawak masuk reban. apa lagi yang belum disebut? oh ya, reban ayam yang belum siap dibina.

ok, itu semua metafora ya. saya bukan penternak separuh masa.

tak usah risau, saya rela sibuk, selagi mana kesibukan saya membuat saya lebih dekat dengan pencipta saya.

disebabkan saya ni seorang yang penakut, malam2 saya 'squating' di bilik Fira, sahabat yang sebelum ini saya hanya tahu 'cukup2 makan' tentang dirinya.

bila dah tido bilik dia, sah2la berborak sampai malam buta kan? dalam berborak, Fira banyak selit2 kan advice dan saranan dalam perihal kerja.

katanya, 'awak kena set priority awak. dan kena pandai atur masa.'

katanya lagi, 'saya tanya diri saya, macam mana saya nak salurkan dakwah saya. dan saya pilih FSCC.'

Fira, salah seorang ahli mainboard coordination council. seorang yang sangat2 sibuk. tidur lewat malam. bangun awal pagi. namun tak pernah saya lihat dia mengantuk didalam kelas.

hampir 2 jam lebih kami berborak. subhanAllah, dapat dirasakan, ilmunya cukup banyak. jika dibandingkan diriku dengan dirinya, Allah, bagaikan awan dengan bumi, ikan paus dengan ikan bilis, dinasor dengan semut!

apa yang kami borakkan malam itu cukup kena dengan diri ini. apa dengan kambing yang perlu diuruskan, ayam yang perlu disembelih, apatah lagi rumput yang kurang dibaja. akhir2 ini makin kurang buku2 ilmiah yg diselak. alasan? tak sempat. bohong. ada je masa jika dicari betul2. Allah... *mohon muhasabah sebentar disini ya*

nasihat Fira sangat berguna. sangat2.

maka apa priority saya?

priority saya adalah aqidah saya. study? ya, itu juga priority saya, tapi bagi saya yang masih dalam keadaan terumbang ambing, aqidah saya lebih penting.

tapi tak bermaksud 100% focus saya untuk memantapkan aqidah saya. perlu seimbang. cuma yang diprioritise itu, lebih berat sikit timbangannya. faham? tak kan? sebab saya tak pandai explain. shera2, macam mana la nak jadi lecturer ni. haila.

jika buat begini, faham tak? kalau tak faham juga, buat2 faham je boleh? :P



Begini

Bukan begini


kenapa saya katakan begitu? sebab hidup kita adalah untuk akhirat. itu tujuan utama kita. tapi untuk sampai kearah itu, 'dunia' perlu digunakan secara medium. comprende? khalas.

soalan kedua, bagaimana saya nak salurkan dakwah saya?

apa yang korang tengah duk baca ni lah, blog. ^_^ yang selebihnya, biarlah ia jadi urusan antara saya dan Tuhan saya. :)

cop, pernah dengar nama Stephen Covey tak? dia adalah salah seorang educater dari US yang terkenal. antara bukunya yang dikatakan bes dibaca adalah 'The Seven Habits of Highly Effective People.' bukunya interesting, tapi ada juga yang saya nak bangkang habis2an. haha.

apa kena mengena pakcik Covey dgn post ni?

tunggu dulu.

saya pasti sangat2, yang kita semua pernah mengalami masa2 dimana kita punya sangat banyak task sampai tak tau nak mula dari mana. kan? ke ada yang tak pernah rasa macam tu? tahniah, anda bijak menangani masa anda.

pakcik Covey ni suggest, macam ni...

amik kertas a4. cepat, pergi amik!

kertas tu, bahagikan kepada empat quadrant.

setiap satu quadrant, bagi nama berikut:

  1. Important and Urgent
  2. Important and Not Urgent
  3. Not Important but Urgent
  4. Not Important and Not Urgent

then, listkan task2 kita ditempat yang sesuai.

dan tadaaaaa~

saya dah cuba, dan ia sangat2 efektif. kalian cuba lah. ^^

hidup perlu organise. masa tu kan emas. 





**************************

Petang tadi keluar sekejap, ke Al-Khaadem Hall. Sedang rancak saya berbual dengan Makcik Zura, seorang kakak datang menerpa. 

"Ni tengah tunggu nak solat zohor berjemaah kan?" mungkin sebab jam dah mula menginjak ke pukul 2 tengah hari tapi iqamat belum dilaungkan lagi.

"tak lah. tengah tunggu majlis akad nikah Shahira ni. *peha kanan saya ditepuk.* kami dari pihak perempuan. pihak lelakinya lewat sikit."

raut wajah kakak tadi bertukar jadi panic, takut tersesat dalam majlis akad nikah orang. saya yakin, raut wajah saya cerminan raut wajahnya.

Makcik Zura sekadar gelak sahaja.

kalau nak nikah kan aku pun, bagilah chan kat aku nak tengok muka bakal zauj aku tuh~ ok, gatal. haha.

Makcik Zura suka menyakat. bak kata seorang sahabat baru, 'You'll never get bored with those kind of people.' :)

ok, ini sekadar selingan.

alhamdulillah, rasa bersyukur sangat Allah kuatkan diri untuk tak balik rumah. kalau saya balik, saya tak dapat apa yang saya dapat sepanjang keberadaan saya di UIA. kalau saya balik, aktiviti saya hanyalah menghabiskan beras dan elektrik di rumah. tak memberi manfaat.

rindu pada family? mestilah. tapi saya beruntung, ibu, ayah, kakak dan adik2 rajin datang menjenguk. walaupun dah lebih 5 minggu tak balik rumah, rindu terubat bila mereka datang, lagi bes bila mummy bawak makanan. ^^

Alhamdulillah.

ps: khamis haritu pergi wisma yakin. lebih 3 jam tunggu Fira belek buku. kemudian ke mydin. alhamdulillah, jumpa seketul talam yang memang dah lama cari. roomate2 ku, lepas ni kita makan dalam talam ye. :)

pss: al- khaadem tu satu pertubuhan yg di-asaskan oleh sheikh hussain yee. program yg mereka anjurkan hebat2 belaka. boleh check facebook page diorang: http://www.facebook.com/alkhaadem

psss: maaf jika post kali ini agak... berserabut. ya, saya tahu. sebab saya pun tgh berserabut skrang. 1.40 pagi dah wey, mana taknya. haha

pssss: esok mummy dtg lagi, bwk makanan! yeay2!

psssss: ps tu apa sbenarnya? haha.

pssssss: ok, ini dah melampau. dengan ini, saya mengundur diri. katil dah panggil. sekian, wasalam.


signing off,

S.U