Sunday, 20 May 2012

CFS IIUM

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Malay again today guys. sorry :')


menjenguk kembali blog terchenta ini :) masuk post ni, da post KELIMA dalam SEBULAN. awal2 aritu azam dgn diri sendiri taknak taksub sgt dgn blog ni. da campak mane tah azam tu. huhu. ala, cuti sem kaaan, dari membazerkan masa membuat aktiviti tidak berfaedah, lebih baik ber-blogging. ada juga manfaatnya dak? insyaAllah ada. harap2 ada :)


sudah beberapa kali saya diminta oleh para2 bakal junior cfs iium untuk menceritakan pengalaman2 saya di centre tersebut. siap buat group lagi di facebook, khas untuk membincangkan perihal ini. haha. comel kan? duk kanak2 ribena ni excited wa teruja untuk jadi ahli cfs, teringat masa saya dulu. huuuuu~ para2 junior sekalian, inilah kesah saya. mari mengimbau kembali kenangan ^_^


awal2 saya pesan wahai para juniors, jgn la panggel saya kakak. apa maksud kakak? istilah bagi mereka yang lebih tua, bukan? jadi kalau macam tu, kamu semua lebih layak digelar kakak oleh saya ^_^ hampa lebih tua dari cheq la weii. hoho.
what?! ape?! haaaa?! kenapa?! macam mana?! lalala~ biarlah rahsia. huhu.


Senior tapi junior. tak payah la ber'akak'2 dgn saya. :)


kebanyakan soalan yang diajukan berkaitan dengan susah atau senang hidup bergelar student cfs iium. ini salah satu jawapan yang diberikan kepada seorang bakal junior, ataupun, bakal 'kakak' :P


susah tak. secara jujur nya saya cakap, takde la susah sangat, takde la senang sgt. ya, banyak pengorbanan yg perlu dilakukan termasuklah pengorbanan air mate tapi bukankah setiap yang baik itu akan diuji? studynye kene consistent. tak mcm spm, time fom 4 rilek2, fom 5 bru nak pulun. dye dri start dah kne score sbaik mungkin. sbb markah final hanyalah 50%. another 50% daripada kuiz2, tutorial2, lab report dan assignment. oh and, mid-sem exam. kuiz, tutorial dan lab report tu akan ada sepanjang semester. sbb tu la saya ckp kene perform dari awal :) and saya nak ingtkan awal2, kalau boleh jgn miss class, walaupun sakit. lawan jugak. sbb kalau miss satu class, memang susah nak cover balek. ade sesetengah lecturer yang prihatin, sanggup ulang balek ape yg diajar kpade kite, one-to-one. tapi ade yg tak sanggup, kne mintak classmates yg tolong ajarkan. tapi boleh je consult lecturer untuk mntak terangkan ape2 yg tak faham :)


ya, memang banyak air mata yang gugur. tapi bila jatuh, tak bermakna kita tak boleh berdiri semula. Innallaha ma'ana. Allah ada bersama kita. Ayat ini sering diucap untuk mengambil kembali kekuatan untuk terus berlari di medan perjuangan ini. tak lupa juga nasihat sahabat2 yang tak putus. teringat bila ada satu weekend tu, tak tido malam langsung. demi menyiapkan assignment.


dan saya juga pernah miss class. biology. masa ni cermin mata patah. tanpa cermin mata, saya mudah kena migraine. tambahan pula class pagi tu duduk dekat depan. lecturer gune projektor. memang kene penangan terus lah. huhu. habes je class tu terus serbu klinik, amek mc, then terperap kat bilik satu hari. tak dapat nak attend class malam biology. time tuh tengah topic cellular respiration. ya Allah ter-amatlah complicated. yang tak miss class pun fenin, ni kan yang miss. sampai sekarang masih tak paham topic tu. huhu. 
dan ade la lagi seribu satu kisah saya miss class secara tak sengaja. dan sengaja. hehek :P


aktif tak dalam non-academic activities? kalau aktif, busy tak? pointers tak jatuh merundum ke?
hoho. takde la aktif sgt. saya hanya rajin pergi program2 ilmiah seperti talk serta usrah. dan saya juga silent members of societies and clubs. join bukan main. tapi.... haha. insyaAllah, berazam ingin mengubah sikap next sem. nak mula bergerak aktif. membusykan diri.


tapi, ramai juga rakan2 yang aktif. mereka memegang jawatan didalam club serta society. masuk kelab debat; pertandingan sana, latihan sini. ada yang dapat cope, ada yang tak. ada yang still perform academically, ada yang tak. tapi bagi saya, niat itu penting. perbetulkan niat, insyaAllah, Allah tolong. jika kita membantu agama Allah, nescaya Allah akan bantu kita :) ikhlas kan hati, tetapkan niat bahawa segala yang dilakukan adalah untuk Allah semata-mata.


timetable macam mana? packed tak?
timetable tu yang berbentuk seperti chart yang kita isi dengan aktiviti2 kita. traslation bm nya, jadual. macam tu la timetable. hehek.


samada packed atau tidak, itu ikut berapa banyak subjek yang diambil dan total contact hours. sem lepas, saya amek 4 subjek, 21 contact hours. takde la packed sangat jadual.


Ini lah jadual saya. takde la packed sangat :)


tapi ini kalau dah exit english. contact hours for english banyak. classes everyday kalau tak silap. bayangkan kalau tambah english. extra two hours everyday. pancit la isnin and selasa. 


Next sem insyaAllah, akan ambil 5 subjek, total 25 contact hours dan 16 credit hours. 


InsyaAllah, ini jadual next sem. ade kelas mula pkul 8.
jumaat pulak pukul 5 baru habes. balik rumah lambat la macam ni... huuu~~

Okay, cuba bayangkan kalau orang yang jadual dye macam ni, kene amek English. Tiap2 hari semput. Selasa je agak 'lepak' sikit. so kalau boleh, hampa try la noh exitkan bi tu. :)


time first masuk dulu bawak ape?
tak bawak ape pun. ikut checklist yg diberi. alat2 tulis, alat2 mandi, alat2 tidor dan baju2. time tu tak banyak stock baju kurung dan jubah. semua skali dlam 5/6 pasang macam tu kot. jadi memang lenggang betul la. tapi over time, barang makin bertambah. kalau nak masuk dulu hanya dua kali trip turun naik nak angkut barang, time balik cuti sem baru-baru ni, adela dalam sepuluh kali juga. huhu. alhamdulillah la duduk kc, ade jugak lif. kalau tak, mau pengsan stengah jalan turun naik tangge. XD


saya nasihatkan, awal2 ni, tak perlu lah bawak banyak sangat barang. apa yang perlu sahaja. lagipun, nak ke kl tu dekat je. senang nak beli barang. night market pulak dekat sebelah kampus je. :)


boleh bawak pet tak? kucing?
uia pj adalah tempat pembiakan kucing wahai junior2 sekalian. trutamanya dekat mahallah. naik turun tangge mahallah ade je nak terpijak lepasan kucing2 comel. jadi rasanye, toksah la nak bawak kucing dari rumah, amik kucing yang sedia ada kat kampus tu je jadikan pet. :D


kalau binatang lain tu, rasenye no problem kot. asalkan tak menganggu. seperti kura-kura, ikan, hamster. ataupun tumbuh-tumbuhan kecil mcm aloe vera ke..


haha. teringat dekat seorang sister ni. roomate kawan. abang dye mintak tolong jagakan arnabnye, dye kne outstation. jadi sister ni pun jagakanlah. dikurung dalam bilik aja. hari ketiga, arnab tu berkelakuan pelik. diam semacam. memandangkan time tu da dekat finals and syllabus subjek pun dah habes dicover oleh lecturer, sister ni amek keputusan untuk bawak sekali pegi kelas hari tu. then bawak dye lompat2 dekat padang. lompat punye lompat, dye datang kat kaki sister tu. then tup, tumbang. mati. yang lawaknye, bila sis tu nak tanam. dye tinggal kejap dekat bawah smentara dye naik nak amek barang. bile turun balik, tengok dah hilang dah arnab tu. haha. ade orang tolong tanamkan la tu, insyaAllah ^_^


memang pilih uia ke? org kate uia nih 'strict' sikit
sejujur-jujurnya, tak, saya tak pilih uia. saya telah dijanjikan tempat ke uitm program asasi sains, tapi kemasukan jun ni. then dapat offer uia lebih awal. taktau kenapa, tergerak nak terima. saya amek itu sebagai satu petunjuk. dan saya terima.


kalau nak ikutkan, memang uia lebih strict dari matrik/kolej/uni lain. tapi 'strict' ni la yang buat saya rasa selesa. dan selamat. sekarang, saya lebih suka suasana di uia dari diluar. dan saya juga sudah temui hikmah bergelar student uia. sungguh, hikmah itu cukup indah :) and hey, look at the positif side, uia takde koko~ :D


pilih bio sc ke di offer bio sc? happy tak dengan course tu?
tak pilih, dapat offer.  happy. happy sangat. sebab ia mematangkan saya. dan disebabkan course ni jugak saya kenali org yg mungkin saya takkan kenal if saya dapat course lain. saya bahagia dengan hidup saya walaupun banyak ujian yg menimpa. saya percaya, setiap yg terjadi, ada hikmahnya
walaubagaimanapun. haaa, tu diaaa, happy bahagia bagai, tapi ada juga walaubagaimanapun tu. hehek. 
saya masih dalam pertimbangan untuk tukar course atau tidak. tengok dulu result pointers untuk sem lepas macam mana.


ceritalah kenangan2 sem lepas. nak bagi tambah semangat sikit.
kenangan memang cukup banyak. banyak sangat2. indah2 belaka. seronok jadi warga cfs iium :) ni antara kenangan sem 3, 2011/2012


·        Disoal siasat di depan seluruh class first time masuk lecture Biology. time tu lambat sikit masuk, terlepas 2 lecture classes. lecturer seakan marah sebab dah nak habes satu topic. alhamdulillah, dapat cover balik :)
·        Perbualan2 dengan lecturer Biology ketika masa consultation yang memang selalunya akan menyimpang sedikit dari Biology. Normally beliau akan sampaikan pesanan2 dan kongsikan apa yang didengarnya dari tazkirah radio ikim pada hari itu :)
·        Tidak tidur bermalam-malam demi menyiapkan assignment. Since first time tak tidur malam, dah terus jadi insomnia; tak boleh tidur awal! Sehinggalah sekarang. Paling awal dapat tidur pukul 1. ni pun da pukul 6 pagi. tak tidur lagi. huhu.
·        Tergelak terbahak-bahak ketika lecture sedang berjalan. Mujur duduk di baris terakhir sekali. Apabila lecturer memandang kearah saya, duduk meluncur lebih bawah je la yg dpt saya lakukan. *tragedy yang teramat lawak berlaku ketika ini. Malu nak cerita. hehek*
·        Tertidur betul-betul depan ustaz ketika kelas arab. Ustaz tegur dengan soalan yang berkaitan apa yg diajarnya, tapi dijawabnya saya, ‘boleh pegi tandas tak ustaz?’ huhu. Malu. Blur gila time tu.
·        Terjatuhkan kerusi ketika hendak keluar dari kelas. Dihadapan brothers. Malu lagi sekali.
·        Terbangun lewat dan miss physics lab session dan kelas arab. Pukul 1 baru sedar. Bangun2 tengok roommate dah balik. Boleh plak tanye, kelas cancel ke? Ingtkan baru pukul lapan lebih. Huhu.
·        Presentation UI. adela dalam 6 hari jugak baru dapat habis topic kami. yang pada mulanya berjalan dengan lancar tiba-tiba kecut segala nadi-nadi pada penghujungannya. Groupmates disebelah hairan sebab sebelumnya, saya yang bersemangat. sbenarnye rasa nak menangis. sebab malam sebelumnya tidur pukul 5 pagi, konon nak ready untuk hari last presentation. pagi tu bangun, try to recall untuk presentation, sedar2 tak ingat ape. kalut. dalam lecture biology sibuk baca nota presentation. tapi still gugup time present. but alhamdulillah la, markah tak teruk :)
·        Cubaan untuk lari dari oral arab serta tasmi’ UI. Hoho. Mana taknya, dua-dua pada hari yang sama. Cuak. Tapi cubaan berjaya menukarkan masa oral serta tasmi’ pada hari yang berlainan. :D
·       Buat tutorial last minit dengan kawan dekat bilik dye. Tapi mahallah lain. tup2 tengok dah pukul 1 lebih. malam tu terpaksa merempat di bilik orang :P
·        Masa-masa yang bila saya bertanyakan soalan2 yang bermain didalam fikiran saya kepada rakan-rakan. Pelbagai reaksi saya terima.
·        Paling tak dapat dilupakan, interview untuk jadi line-up committee of a society. Disebabkan nervous yang teramat, memang mengarut habis! Malu on the spot. Rase nak walk out jeh. Tapi tu dah macam biadap jadi duduk lah teruskan memalukan diri sendiri. Huhu.
·        Dan yang paling bes, orang-orang baru yang muncul dalam hidup saya. Ustazah2 serta ustaz2 yang banyak membantu dalam pencarian saya. Rakan-rakan yang although baru kenal beberapa bulan, dah sempoi2 belaka. bertambahla nickname dalam phonebook telefon... ada yang digunakan secara peribadi dan ada yang secara terbuka. Antara yang telah digunakan secara terbuka ialah: spongebob wa donald duck, nenek pizza, makcik gelabah, datin snowhite, mak datin, budak skema, belangkas a dan b. ^_^


Dan kenangan-kenangan lain yang dilalui bersama rakan-rakan. Reaksi2 muka epic mereka tidak akan pernah dilupakan. 




tu je kot antara soalan yg sering diajukan kepada saya. kalau ada yang terlepas pandang, sila bagitau. kalau ada soalan lagi, dialu-alukan untuk bertanya. :)


akhir kata,


Welcome to CFS IIUM.
'WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH, GUIDED BY QUR'AN AND SUNNAH'




signing off,
S.U

Saturday, 19 May 2012

Hidayah

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


[kredit]


Miss this lovely blog of mine. :) However, my fingers hadn't itched to write anything yet. so, I thought for todays post, I'll do a copyright breach; copy and paste :D Perhaps you've read this, perhaps not *I took this from the famous social networking site, Facebook* 
oh and fyi, it'll be in malay as it is originally written in malay. why not translate it? If I dont have the mood to write, do you think I have the mood to translate a whole article? -,-
anyhow, hope it'll be beneficial. :)


Pernahkah hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku, " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."

Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.

Hidayah itu umpama satu papan tanda. Ia akan menunjukkan kita ke arah destinasi yang kita tuju. Apabila kita mengikuti papan tanda yang pertama, kita akan jumpa papan tanda yang seterusnya. Tapi pastikan kita mengikut papan tanda yang betul. Barulah  sampai ke  destinasi yang kita tuju.

Tapi sekiranya kita berpaling daripada papan tanda yang pertama itu dan mengikut papan tanda yang lain, kita akan semakin menjauh dari destinasi yang dituju. Dan akhirnya kita akan tersesat.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:

"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."  
(Surah Maryam 19:76)

 Tengok tu, Allah akan menambahkan hidayah sekiranya dia menurut jalan-jalan yang betul. Dan demikianlah orang yang menerima hidayah Allah.

Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar Allah bagi hidayah kepada kita. Allah nak kita tinggalkan benda yang salah yang sedang kita lakukan sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak tinggalkan benda yang sedang kita buat. Benda mungkar memang seronok nak buat. Lebih-lebih lagi bila dah jadi tabiat. Dosa ni boleh lah dianggapkan sebagai kurap. Semakin kita garu, semakin tak puas , semakin seronok pula rasa. Kalau tak dirawat, bila dah tinggal parut memang sukar nak dihilangkan. Sebab tu lah bila dah buat dosa akan rasa nak buat lagi dan nak buat lagi. Sebabnya ia dah sebati dalam jiwa kita. Apa yang Allah suruh buat, tak pulak kita buat.

Allah suruh solat. Kita cakap, “alah dah tua-tua nanti aku solat la.”
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap,” nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.”
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, “eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?”
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, “mana ada, tengok ramai je couple tu haa.”

Macam lah kita tahu bila kita nak tinggalkan dunia ni. Renungkanlah betapa ramai saudara mara dan kawan2 kita yg sudah pergi pada usia yg muda lagi. Pernahkah kita terfikir giliran kita boleh datang pada bila bila masa sahaja. Dari itu bersegeralah bertaubat dan mengerjakan amal makruf nahi mungkar.  

Macam-macam lagi yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan tapi pasti ada sahaja alasan yang kita berikan. Benda yang haram pasti akan kita cuba sedaya upaya nak halalkan. Sedangkan dalam Al-Quran sudah terang-terang cakap tak boleh.

Jangan teman, jangan jadikan syaitan sebagai raja dalam hatimu. Jangan jadikan dia sebagai kawan.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:

" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (Surah Fatir 35:6)

Begitu juga nafsu. Didiklah nafsumu. Didiklah ia agar bekerja untukmu bukannya dirimu yang bekerja untuknya.
Sungguh, hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak menganugerahkan hidayah itu kepada orang-orang yang Dia nak. Tak semua orang bertuah. Kalau tak, mesti semua orang kat dunia ni jadi baik sangat. Dan tiadalah sengketa dan permusuhan kat dunia ni. Jadi jangan bersedih bila kita dah pernah berusaha untuk ajak kawan-kawan atau keluarga kita berubah ke arah lebih baik tapi mereka tak nak ikut.

Sebab Allah dah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al-Qasas :56)

Rasulullah SAW pun tak mampu bagi hidayah kepada orang yang baginda sayangi. Ini menunjukkan hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma tugas kita ialah berusaha menyampaikanhidayah yang terkandung dalam Al-Quran. Sama ada mereka terima atau tidak, semua itu kita serah kepada Allah.

Jadi tersangatlah beruntung orang yang hatinya pernah disapa hidayah Allah. Gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Dan hidupmu bakal berubah. "Better than before". Insya Allah.

Hidayah ni tidak akan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.

Dan Allah ada berpesan dalam Al-Quran:

" Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)."  (Surah Yunus 10: 25)

Agaknya sudah berapa kali kita dipilih untuk diberikan hidayah tapi entah sudah berapa kali kita menolaknya. Dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranyahidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?

Andainya ini hidayah terakhir.. 

Thabbit Qalbi Ya Rabb.

Mari beramal dengan doa ni.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."(Surah Ali 'Imran 3: 8)

Amin