Monday, 24 June 2013

TERUSKAN PERJALANAN.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah, selamat sampai depan pintu rumah petang semalam setelah berjaulah jarak dekat. *jaulah lah sangat.* mula dengan menapak ke ex-kampus, bermalam disitu, dan kemudian ke rumah adik2 yang osem, juga bermalam disitu.

ok, taknak cerita tentang semua yang terjadi sebab ia akan mengambil masa yang lama. tapi cukuplah kalau saya katakan bahawa sepanjang 'pengembaraan', saya rasa nak lompat-tinggi2-nak-usik-bintang. juga rasa nak buat-iklan-colgate-bagi-satu-dunia-rasa-loya-tengok.

ehem. description yang tersangatlah over. maaf.

tarik nafas dalam2. tahan. ok, lepas pelan2. bersedia? mari mula bercerita.

pagi semalam, selepas subuh, di rumah adik2 yang osem itu, saya dan sahabat bawa ahmad (salah seorang adik2 yang osem) berjalan. niatnya mahu melatih ahmad berjalan.

setelah setengah jam berjalan...

'ahmad, jom pusing balik.'

'alaa, kenapa?'

'dah jauh dah kita jalan. kita balik eh?'

'taknak.'

'jom la.'

'taknak.'

'ok, ahmad jalan terus la sorang2. akak nak balik.'

maka kami pun tinggalkan ahmad. beberapa langkah berjalan, kami toleh belakang, nak tengok ahmad ikut ke tak.

dan...?

beliau sedang duduk atas jalan sambil makan batu. huish. cara pujuk versi kanak2 betul.

akhirnya kami akur, perjalanan diteruskan.

tak lama kemudian, ahmad mula mengadu keletihan.

apa lagi, saya pun cucuk la. 'haa, kalau dah penat, jom lah kita balik.'

ahmad masih degil.

'nak naik bukit tu.'

maka bukit pun dipanjat.

'ok, dah naik bukit. jom balik.'

'taknak. nak pegi depan tu.'

'dah naik bukit, kenalah turun.'

'tadi kereta tu naik, dia tak turun pun.'

'dia turun dekat bukit lain. ahmad mana nak nampak.' tipu sunat. eheheheh. :P

'mana ada. dia tak turun balik.'

'nanti dia turun. kita balik eh?'

geleng kuat. hoih, penat betul pujuk budak ni.

akhirnya, kami berjaya berpatah balik dek kerana kereta yang disebutkan tadi, muncul semula lalu menuruni bukit. pertolongan Allah. huhu

saya dengar kalian bertanya, motif cerita?

sila tilik cerita ini semula. pada seorang anak kecil, terdapat pengajaran yang berharga.

dalam perjalanan yang sumpah panjang ini, kita mudah keletihan. adakalanya rasa mahu berhenti. mahu berpatah balik. mahu jerit kuat2 mengatakan 'I QUIT!'. kalau dah di atas bukit tu, rasa mahu guling2 turun bukit. kan? jika tidak, alhamdulillah, anda seorang yang ohsseeemmm!

memang, tiada siapa yang menghalang daripada berbuat demikian. tapi ketahuilah, pada saat kita meninggalkan jalan ini, saat itu jugalah kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.

contohi anak kecil ini. walau keletihan, walau satu dunia memujuk untuk membuat pusingan u-turn, beliau masih tetap gigih mahu bergerak kehadapan.

wahai kalian. wahai diri. wahai manusia. yang marhaen, yang mudah penat, yang sentiasa rasa mahu berhenti, yang merasa kerja2 atas jalan ini adalah kerja gila.

teruskanlah perjalanan yang sumpah panjang ini. teruskanlah. kemudian, berehatlah kalian di syurga kelak.

bi iznillah.


***************

memperkenalkan, inilah ahmad. senyuman itu, dah memang melekat pada wajahnya. sentiasa akan ada. :)



barisan adik2 yang sudi gambarnya diambil. hoho.
dari kiri: hawa, chicha, sulaiman, baim. yang muka separuh tu, itu adalah ahmad. haha



apek yang garang. taknak senyum walau disuruh. hoho.



adik qistina. adik ni suka tegur saya. sangat murah dengan senyuman. :D



satu-satunya bakal hafizah yang sudi gambarnya diambil. memperkenalkan, Nabila, hafizah-to-be, insyaAllah. :)



rumah adik2 yang osem. :)



***************

Rumah Bakti Mawaddah Warahmah. itulah nama yang terpilih untuk rumah adik2 yang osem tersebut.

rumah ini diusahakan oleh seorang nenek yang bernama Fatimah atau lebih mesra dipanggil Mak Ngah. ia menempatkan genap 100 orang adik2. 38 daripadanya adalah anak2 yatim dan selebihnya pelajar tahfiz.

nenek seorang yang sangat mengagumkan. setiap kali jumpa, pasti ada aja cerita2 nenek yang membuatkan perasaan waaaahhhhhhhh-nak-jadi-macam-nenek-laahhh timbul. dan, nenek akan sentiasa berpakaian putih. totally putih. takkan ada sesuatu yang bukan putih pada pakaian nenek. even kasut pun putih. comel kan? bak kata adik2, 'macam malaikat'. :)

pelbagai cabaran yang nenek harungi untuk menegakkan rumah ini. dan ia bukanlah cabaran yang biasa2. rumah ini wujud hingga ke hari ini, kerana nenek tidak berpatah balik. :D


'cara nenek senang je. usaha, lepas tu tawakkal kepada Allah. Allah tolong.'

hoyeah!


-semoga semua adik2 akak yang comel belaka ni menjadi penyambung kepada jalan ini. semoga Allah lindungi kalian.
-wahh, sudah kangen sama itu adik2.



signing off,

S.U.

Thursday, 20 June 2013

QUM YA FULAN!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



[kredit]


saya nak mulakan post ini dengan soalan.

berapa kerap anda jumpa, diluar sana, seorang yang mengaku dirinya da'ie, bergaul dengan mereka yang kurang faham?

tak perlu katakan kuat2. saya yakin, jawapan kalian adalah tidak kerap. kan?

angguk.

dan jika anda terjumpa mereka2 yang bertudung ala2 nak terbang, pasti mereka bergerak dalam kelompok. kan?

angguk lagi.

manusia ni, suka tersangat2 bila mereka berada dalam comfort zone mereka. terlampau selesa sehinggakan takut bumi meletop jika mereka keluar satu langkah dari bulatan yang mereka rasakan selamat itu.

dan! da'ie juga manusia.

saya faham sangat perasaan itu. kerana bila duduk bersama akhawat2, rasa sangat selamat. rasa jauh dari jahiliyyah. rasa seronok nak melonjak2 sampai dapat sentuh langit. rasa macam dunia ni, kita yang pegang. iman tu, pergh, sentiasa mendidih lah. kan? kan3?

tapi sedang kita rasa seronok dalam comfort zone kita, mereka diluar sana merana.

bukankah tarbiyyah itu satu process untuk melahirkan rijal2 seperti Sa'ad bin Abi Waqqas?


maka dimanakah rijal2 tersebut? mana?!

mahu menyampaikan risalah islam pada ahli keluarga sendiri pun masih teragak2. huh.

wahai du'aat. berhentilah main2. kerana ini bukan satu permainan. jalankan tugas mu. keluarlah dari comfort zone yang terlebih selesa tu. dekatilah masyarakat kita. bagaimana mahu pimpin ummah jika nak menyantuni masyarakat pun tak tahu bagaimana?

percayalah, bumi takkan meletop jika kalian langkah keluar dari comfort zone kalian. bahkan, beribu2 pelangi akan keluar, meraikan kalian.


[kredit]


ummah sedang sakit. adakah kita mahu menyorok di dalam bilik sahaja?

QUM YA FULAN!


"Hai orang yang berselimut. BANGUNLAH, LALU BERILAH PERINGATAN! dan Tuhanmu, agungkanlah! dan pakaianmu, bersihkanlah. dan perbuatan dosa, tinggalkanlah. dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah."  (QS 74:1-7)

-semoga apa yang datangnya dari hati ini, sampai kepada hati disana.
-saya sangat2 teringin melihat sekelompok manusia yang kurang faham tetapi di antara kelompok itu, ada seorang super saiyya yang sedang berusaha nak menyelamatkan mereka.
-maaf atas keringkasan serta keserabutan. menulis dalam keadaan kelam kabut.


signing off,

S.U.