Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
hari tu murobbi bertanya, 'bila last time kamu dengar atau baca tentang sirah rasul?'
terdiam. senyum kambing. kelip-kelip mata sikit bagi nampak comel. sentap sebenarnya.
setiap hari kita duk bersaksi Nabi Muhammad itu Rasul Allah. setiap hari kita duk pumpangpumpang menyampaikan pesan-pesan Rasulullah. setiap hari kita berselawat ke atas baginda. setiap hari kita cerita pada mad'u-mad'u tentang betapa hebatnya Rasul kita. setiap hari.
tapi kita ingat tak apa nama Rasul kita?
Muhammad bin Abdullah.
ok, ini standard budak-budak sekolah tadika punya jawapan. cuba up sikit.
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab.
tepuk tangan. bijak. tahniah. tapi sebagai seorang yang bergelar Muslim apatah lagi mengaku bahawa diri seorang pendakwah, kita patut tau lebih dari itu. jawapan kita patut lebih mantop.
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
cukup 21. hebat. tapi... nama je ke?
Rasulullah datangnya dari keturunan apa? ayahnya? emaknya? hari apa Rasulullah lahir? berapa hari bulan? bila ayahnya meninggal dunia? emaknya pula? siapa bidan yang membantu kelahiran baginda? apa peristiwa-peristiwa menarik sebelum, semasa dan selepas Rasulullah dilahirkan?...
tercengang. air liur meleleh tu sila kesat.
sayang, ini baru basic. ini baru A. belum masuk B lagi. kalau dekat A pun dah tercungap-cungap, macam mana nak ke Z?
kamu muslim?
ye, aku muslim.
kamu chenta Rasulullah?
mestilah chenta! sebab tu lah aku sambung perjuangan baginda.
chenta... hmmm... tapi tak ingat sirah Rasul?
err...
kenal tak siapa Rasul kita sebenarnya ni?!
kalau tak kenal, macam mana nak cinta?!
apakah kita menyambung perjuangan seseorang yang kita tak kenal?!
apakah kita menyambung perjuangan seseorang yang kita tak kenal?!
Rasulullah itu idola kita. Seseorang yang kita patut contohi.
Sebarkan ajarannya atas dasar kasih sayang! kerana chentanya kita pada Nabi kita!
ya, saya marah. marah dengan diri sendiri yang tak tahu malu mengaku diri ini penyambung usaha baginda tapi tak hadam sirahnya secara menyeluruh.
andai anda pun sama seperti saya, berhenti membaca belog ini. pergi cari bahan bacaan mengenai sirah Rasulullah. baca, fahami, rasai. dari A hingga Z.
signing off,
S.U
Sebarkan ajarannya atas dasar kasih sayang! kerana chentanya kita pada Nabi kita!
ya, saya marah. marah dengan diri sendiri yang tak tahu malu mengaku diri ini penyambung usaha baginda tapi tak hadam sirahnya secara menyeluruh.
andai anda pun sama seperti saya, berhenti membaca belog ini. pergi cari bahan bacaan mengenai sirah Rasulullah. baca, fahami, rasai. dari A hingga Z.
![]() |
| [kredit] |
signing off,
S.U

.jpg)




