Sunday, 24 March 2013

DEMI WAKTU DHUHA...




"Eja, bangun! matahari dah naik tu, terlepas subuh nanti!"

Eja tekup telinganya dengan teddy bear kesayangannya. Degil. Masih mahu tidur meskipun jam kini menunjukkan pukul tujuh tambah tambah pagi.

akhir-akhir ni Eja sering tidur lewat. bukan disebabkan terpaksa mendodoikan anak yang masih tak tidur2, tapi disebabkan frasa peperiksaan yang sedang berjalan... because of last minute study, buku menjadi teman rapat Eja. terlampau banyak yang teman barunya itu mahu sampaikan kepada Eja. akibat berjaga hingga pukul tiga empat pagi dek melayan bestfrennya itu, syndrome mengantuk menjadi-jadi. kalau sebelum ini subuhnya hanya subuh ikan bilis, kini dah membesar mendadak menjadi subuh dinosor.

sudah hampir seminggu keadaan Eja begini. selagi paper tak habis, selagi itu lah keadaannya begini. itulah routine Eja setiap kali frasa examination menjelang.

"Budak tu exam pukul berapa?"

"Pukul sebelas rasanya. Semalam dye ada cakap kan?"

sayup2 Eja mendengar suara roomate-roomate nya. kemudian senyap semula.

"wey Eja, bangon la! kau nak exam tak ni?!"

eh? apa pasal diorang menjerit-jerit pulak ni? ada kebakaran ke? Eja bermonolog dalaman, mata masih tertutup rapi.

Terasa badannya pula digoncang kuat. tersentak, Eja bingkas bangun.

"apsal?" sepatah Eja bertanya, masih mamai.

"kau paper pukul sebelas kan? sekarang dah nak pukul sepuluh setengah lah! susah sangat nak bangun apa hal? macam kejut mayat je. ni dah subuh ke belum? mesti belum kan? kau ni nak jadi apa? kau... wey aku belum habis cakap la!" belum sempat rakannya habis membebel, tuala disambar dan sepintas lalu Eja bergegas menuju ke toilet.

setelah subuh dinosornya didirikan, jubah dan tudung disarung.

sepuluh lima puluh tujuh. kalau kau lari sekuat hati kau, pukul sebelas tepat boleh sampai.

sneakers dirembat dan,, pecutt!!

sebelas lebih-lebih sedikit Eja tiba di depan dewan peperiksaan. mak! pintu dah tutup weyh!

peraturan kolej nya, apabila pintu dewan peperiksaan telah ditutup, student tidak dibenarkan masuk atau keluar dari dewan tersebut.

pintu diketuk. senyap. kemudian cuba menguak pula. tidak bergerak. kemudian dicuba pula pintu lain. sama sahaja. bagai orang tak keruan, eja berlari semula ke pintu asal. dicuba lagi dengan harapan ia akan terbuka. air mata Eja kian jatuh membasahi lantai.

Allah, aku perlukan Engkau. andai Engkau masih menyayangi aku, berilah aku peluang, bantulah aku.

Eja terjaga dari tidur. Tubuhnya basah lencun. Berpeluh. telefon disebelah dicapai. lapan dua puluh minit. Allah, terlajak lagi subuh... dengan pantas, Eja menuju ke toilet untuk mengambil wudhu'.

'Allahu Akbar.'

seperti biasa, takbir diangkat. subuhnya ditunaikan di waktu dhuha. tetapi ada yang luar biasa untuk solat kali ini. Eja sedang menghadap Penciptanya, bukan sekadar menunaikan tanggungjawab.



'Tuhanmu tidak meninggalkan engkau, dan tidak pula membencimu.'
[ad-Dhuha : 3]


**************************


salam imtihan. ingat, jangan sehingga diri kita tergolong bersama-sama orang yang mementingkan markah duniawi daripada markah ukhrawi.

dan jangan pula sehingga diri kita tergolong bersama-sama orang yang hanya mencari Allah apabila ditimpa masalah.


'Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. DEMIKIANLAH DIJADIKAN TERASA INDAH BAGI ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS APA YANG MEREKA KERJAKAN'
[Yunus : 12]




signing off,

S.U.

No comments: