Sunday, 28 July 2013

FINANCIAL FREEDOM? APA TU?


JANGAN kondem. Ini juga makhluk Allah.

rata2 bila disebutkan tentang financial freedom kepadanya, pasti akan membuat tayangan 'tekak aku sangat cantik lagi hensom' secara percuma.

rahang jatuh. teruk betul opening dia nih. heh.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

financial freedom. satu keadaan dimana seseorang itu bebas dari perasaan bahawa dia perlukan duit. bebas dari menjadi hamba kepada duit.

lantas, mudah sahaja dipersoalkan, 'ada ke orang yang financially freed ni? mana boleh hidup tanpa duit. duit tu segala2nya kot!'

yes, mana mungkin kita boleh hidup tanpa duit. jika dahulu, mungkin manusia gunakan sistem pertukaran barang. itu juga 'duit', cuma namanya sahaja yang lain.

kerana setiap didunia ada harganya. samada kecil atau besar atau tak ternilai langsung.

namun, duit bukanlah segala2nya. bukan. semua duit yang ada didunia ini, takkan dapat membeli dunia ini sendiri. dan bila seseorang itu meyakini hal ini, that's a step forward towards financial freedom.

ramai, sangat ramai, yang percaya akan sebuah pembohongan yang menyatakan bahawa dengan mendapatkan lebih banyak duit adalah solusi kepada masalah kewangan yang dihadapi.

jika ini adalah perkara yang benar, mengapa tiap hari saya saksikan mereka2 yang tinggal di villa2 besar masih keluar bekerja, masih merasakan mereka perlukan duit? huh, pembohongan semata.

mengapakah ini terjadi? kerana mereka sudah tertipu dengan satu lagi helah dunia. kerana wujudnya perasaan bahawa duitnya sentiasa tidak cukup.

sistem dunia mengatakan bahawa mereka yang menjana pendapatan tinggi, perlu ada kos sara hidup yang tinggi. manakala mereka yang menjana pendapatan yang rendah, mempunyai kos sara yang bersesuaian. at the end of the day, boleh jadi kedua2 golongan ini mempunyai baki untuk menabung dalam jumlah yang sama.

nak contoh?

pak abu adalah seorang nelayan. setiap bulan, beliau mendapat pendapatan sebanyak RM600. hasil dari itu, beliau akan membelanjakan RM500, cukup2 untuk anak2 dan isterinya.

Tan Sri Poyo adalah CEO sebuah syarikat bernama 'Kepoyoan'. setiap bulan, gaji beliau mencecah RM70,000. hasil dari itu, RM30,000 akan disalurkan kepada dua orang anaknya yg sedang belajar diluar negara, RM20,000 untuk isterinya mendandan rambut dan merawat muka yang sudah menampakkan banyak kedut di spa terkemuka di malaysia dan juga untuk majlis2 bersama puansri2 yang lain, RM10,000 untuk membayar gaji driver, gardener, tukang masak, pembantu rumah dan PA, RM1,000 utk isi peti sejuk dengan makanan2 dan minuman2 yang mampu membuat seorang menadah air liur sehingga sebaldi penuhnya, RM8,900 pula utk servis kereta ferari yang baru dibelinya.

seronok kau bagi description penuh ye. heh.

ok, sila berhenti berangan.

nota penting, ini adalah contoh semata2.

jika dapat dilihat pada contoh yang saya sangat2 suka nak bagi tu, akhirnya mereka hanya berbaki dengan RM100. dan akhirnya, mereka sama2 mengatakan 'Aku perlu dapatkan lebih banyak duit.'

kerana, bila duit sikit, kena jimat cermat. bila duit banyak, 'status' pun naik, kenalah beli barang2 yang sesuai dengan status, boleh belanja ikut suka nafsu. kan?

inilah sistem dunia. dan kita telah tertipu.

maka disini, sangatlah perlu untuk kita fahami Financial Literature. faham akan sifat duit itu sendiri. bahawa ia adalah alat untuk kita dapatkan apa yang kita perlu and in most cases, mahu.

jadikan duit sebagai hamba kita. bukan sebaliknya. kerana salah satu sifat duit adalah, ia kadang2 ada dan kadang2 tak ada. tak wujud. tak layak utk jadi tuhan. 

oh ya, bagaimana mahu jadi financial freedom? hmmm... kita ni kan logam :)

gunakan apa yang kita ada untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

scene 1: 'aku teringin sangat nak buat video2 islamik macam depa buat kat youtube tu. tapi... macam mana nak buat kalau takdak video camera?' pok teh menceritakan kesedihannya kepada mok teh sambil melambung2 Galaxy S4 milik nya.

tak rasa nak baling senduk kat pok teh tu ke?

scene 2: sedang ligat mok teh bagi makan ayam2 peliharaannya, beliau terfikir. 'dah lama tak makan ayam. harga ayam dah naik, tak cukup duit lah pulak nak beli. tak pelah, puasa dari makan ayam dulu sementara pok teh dapat duit lebih sikit. makan daging dan ikan pulak.'

ada rasa nak ketuk mok teh dengan kuali pulak?

ok, cukup dua scene sahaja. satgi melayang satu dapur.


****************************

sebenarnya, andai wujudnya sifat bersyukur dalam diri kita, kita tidak akan pernah rasa tak cukup.

bukankah rezeki Allah itu datangnya dari arah yang tidak disangka2kan?

jadi, ayuh sahut cabaran saya. keluar dari arus perdana yang sungguh merepek dan tak masuk dek akal ini. lets be financially freed. ;)


nota di bahagian tapak kaki: despite semua yang dibicarakan diatas, mana mungkin kita dapat kecapi financial freedom secara TOTAL. kecuali jika anda hidup didalam gua dan tidak memerlukan apa2 dari masyarakat sekeliling. ini adalah kerana total financial freedom can only be obtained in JANNAH. where everything is free. :)

jom jumpa kat syurga? *gaya ckap mcam nak jumpa kat kmpong sbelah je* ^^'




ps: seperti biasa, tulisan ini adalah untuk saya semata. tapi silalah ambil iktibar juga. semoga bermanfaat.

pss: adalah sangat bagus jika kalian merujuk buku tulisan Robert T. Kiyosaki, 'Rich Dad, Poor Dad.' kemantapan yang amat. ia juga menyentuh tentang kitaran robot. :)

psss: selamat mengejar malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. moga saya, kamu, dan yang lainnya tergolong dalam golongan yang beruntung.

pssss: sungguh berjiwa sastera betul si penulis hari ini ya. mimpi indah kah semalam? haha :P



signing off,

S.U.

Wednesday, 24 July 2013

NAK APA SEBENARNYA NI?!

tajuk penuh emosi. heh.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

source: enchik G.


saya percaya bahawa setiap orang punyai cita2, punyai misi dan visi hidup masing2, punyai lakaran bagaimana mahu menjalani kehidupan ini sehingga kehujungnya, samada lakaran secara kasar atau halus. boleh jadi semua ini tidak jelas, boleh jadi juga ianya jelas. tapi yang pasti, setiap orang ada semua yang disebut. itu, saya percaya.

ada orang kata, dia tak punya cita2. tapi katanya lagi, dia mahu hidup senang. bukankah itu cita2 juga?

ada orang kata, dia tak kesah ke mana kehidupan membawa dia, tapi setiap kali exam, dia pulun habis2an. bukankah itu bermakna dia sebenarnya kesah?

ada orang kata, dia pasrah, asalkan dia mendapat sedozen orang zuriat yang soleh. bukankah itu satu matlamat yang perlu diusahakan dan bukan boleh sekadar berlepas tangan?

ada pula mereka yang sangat jelas masa depannya. sudah tersusun pada umur ini mereka akan buat apa, pada umur itu mereka akan buat apa. bercita2, bervisi, bermisi, berhadaf. bagus.

TAPI! mereka tak sedar, yang sebenarnya in the end, mereka hanya mahukan kebahagiaan. lalu bila Allah membimbingnya ke arah kebahagiaan itu mengikut jalan yang berlainan, mereka terduduk dan meraung.

mungkin ada yang menyangka, untuk aku berjaya, aku mesti dapatkan kos ini. mesti. tak kamceng dengan kos lain. ini aja. so mesti kena dapatkan. namun, mereka lupa, bahawa semuanya ilmu Allah. dan ke-kamceng-an itu juga, Allah yang pegang.

dan bila Allah memberi kos yang sebenarnya lebih baik, mereka mula mengugut nak bunuh diri. heh.

mereka lupa bahawa Allah lebih tahu.

lagi teruk, mereka lupa bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik.

ya, saya percaya setiap yang bergelar manusia mempunyai cita2, misi dan visi sendiri.

namun, kebanyakan diantara kita tak sedar apa sebenarnya yang kita mahu.

boleh jadi kita kepingin untuk menjadi seorang jutawan. tapi jauh di sudut hati, sebenarnya kita hanya mahukan kebahagiaan. dan kita sangka, menjadi seorang jutawan boleh membahagiakan kita. tapi Allah tahu. tahu bahawa dengan kita hidup dalam keadaan papan kedana, kita lebih faham apa itu maksud kebahagiaan.

boleh jadi juga, kita terlampau nak menguasai ilmu hisab, tapi yang sebenarnya, kita hanya mahu merasakan cabaran ilmu hisab yang dikatakan sungguh dahsyat. tapi Allah lebih tahu, ilmu hisab itu hanyalah kacang pis yang sekali gigit dah hancur bagi kita. heheh.

lalu bila Allah berikan peluang untuk menguasai ilmu fizik, mengapa perlu menangis? mahu menyalahkan takdir kah? heh.

'semuanya milik Allah. semuanya Allah yang pegang. kalau kita buat all that lillahi ta'ala, insyaAllah kita mampu tersenyum sepanjang jalan.' - quoted

'jangan sempitkan minda dengan perkara2 yang kita sekadar 'dengar2'. peluang itu, kita boleh cipta sendiri.' - quoted


Allah lebih kenal kita dari kita kenal diri kita. ingat tu.




ps: post ini adalah untuk diri sendiri. BUT, kalian pun silalah terasa.

pss: ada seorang lecturer cerita, ada dua orang graduan biology yang meminta kerja di syarikat insurans. mereka sendiri datang mengatakan syarikat itu perlukan mereka untuk membaca medical2 report. mereka cipta peluang mereka. pergh.


signing off,

S.U.

Tuesday, 9 July 2013

IDEALIST, REALIST.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

setujukah kalian jika saya katakan, permulaan itu adalah sesuatu yang susah?

tak setuju pun tak apa. ini sekadar pandangan saya. dan saya sedang melaluinya.

berhenti! ini lari topik. hekherm.
maaf. bila perasaan terlampau teruja bercampur takut, this is the aftermath.

wey2! korang3! hampa oi!

Ramadhan lagi sehari je, tahu tak?!

sehari jee!!!!!! yaaahhoooooooooo!

ketidaksabaranyangmelampau. haha.

Alhamdulillah, Ramadhan sudah hampir sangat2. Maka, sebagai persiapan, saya serta sahabat dengan selambek nya pergi membuat serbuan dan memberi sedikit 'pop quiz' bertemakan Ramadhan kepada pengunjung2 kl sentral.

dengan niat mahu menyedarkan diri dan juga masyarakat tentang Ramadhan. terutamanya diri sendiri.

dan alhamdulillah, serbuan kali ini mendapat feedback yang sangat2 memuaskan.

tiada cacian. tiada halau-menghalau. tiada juga soal jawab dengan big boss. nothing like that. yang ada hanyalah 'tolonglah, takde mood nak jawab soalan2 macam ni' meskipun kami sudah meminta izin dahulu. juga lambaian pergi dan gelengan lemah. itu sahaja. alhamdulillah. :)

soalan2 yang kami lontarkan hanyalah soalan2 basic seperti pendapat tentang kesedaran Ramadhan di kalangan ummat dan kesalahan2 yang sering dibuat di dalam bulan Ramadhan. kami juga tanya bagaimana mereka akan react terhadap beberapa situasi yang kami beri yang most likely kita akan jumpa ketika bulan Ramadhan.

kami bertanya. mereka menjawab. jika ada yang kosong, kami bantu. mudah kan? maka mengapa ramai yang terlampau takut untuk ber dakwah jalanan atau ber street dakwah?

saya setuju dan mengaku, berada di atas lapangan ini adalah sangat menggerunkan. yes. in fact, saya dapati, kegerunan ini dirasai oleh majoriti yang menjadikan street dakwah sebagai hobi mereka. walaupun sudah ke 40 ribu kali, perasaan 'bagaimana mahu mula?' tetap ada.

semalam juga begitu. tambah lagi dengan last minute change of plan. setengah jam yang pertama menyaksikan kami menyusun semula plan dengan rapi. manakala untuk setengah jam yang kedua, kami bergelut dengan diri untuk approach prospect pertama sambil bertawaf sekeliling kl sentral. setengah jam untuk seorang sahaja! hoh.

but! bila yang pertama itu berjaya dilalui, saya yakin, kalian pasti akan tersenyum sumbing, kaki rasi nak melompat2 usik siling sambil mata meliar mencari mangsa kedua, ketiga dan seterusnya. sehingga rasa puas! ^_^

kalian, lupakan segala fikiran2 yang negative. negative thinking adalah sangat contagious. sehingga ia mampu memberi gambaran yang negative secara total. sedangkan street dakwah ini bukanlah sesuatu yang negative langsung!

lapangan ini mengajar untuk tidak buruk sangka dengan masyarakat.

lapangan ini mengajar bagaimana mahu mendekati manusia yang pelbagai jenis dan ragam.

lapangan ini meneguhkan lagi kefahaman, bahkan kita kongsikan kefahaman itu dengan ummat!

lapangan ini memberi ruang untuk meningkatkan soft skill yang sangat diperlukan dalam dunia dakwah ini.

lapangan ini takkan pernah gagal untuk memberi informasi2 baru yang kita tak pernah tahu, melalui mereka2 yang di'terjah'.

lapangan ini mendidik para da'ie untuk membina hati yang kental. yang tetap teguh bila dimaki dan dicaci.

dan, boleh jadi, lapangan ini menyaksikan bagaimana dua insan yang saling tidak mengenali mampu bergelak tawa seperti sudah 10 tahun berkenalan.

lapangan ini, mempunyai terlampaulah banyak kelebihan. dan atas sebab itulah, saya sering meng-syorkan sahabat2 dan adik2 yang saya kira sudah bersedia untuk mengepakkan sayapnya, untuk bergerak ke lapangan ini.

saya teringat, di dalam sebuah forum antara IM Asyraf dan para vloggers, IM ada mengatakan, 'untuk menjadi idealist, semua boleh. tapi untuk menjadi realist, tak ramai yang berani.'

saya setuju. dan saya mahu berada di dalam golongan yang tak ramai itu. kalian bagaimana? sekalilah jom? :)

menjadi realist bukanlah sesuatu yang mudah. lagi2 realist yang berurusan dengan masyarakat luar.

masakan tidak, kita berada di dalam fragile zone dan secara tak langsung kita mencampakkan diri untuk berbual dengan complete stranger yang boleh memilih sama ada untuk melayan kita, berlalu pergi atau juga mencederakan kita. tapi, meskipun semua itu, kita tetap pilih untuk berada di atas lapangan ini. mengapa? kerana kita sudah rasa betapa bahagianya, betapa seronoknya dan betapa osemnya membahayakan diri demi menegakkan agama Allah.

tapi mohon kawal keterujaan anda. biar pada tempatnya.

dan, paling perlu diingat, untuk berdakwah adalah untuk menyentuh jiwa2. maka, untuk setiap insan yang didekati, cuba untuk menghiburkan hatinya.




*****************

satu phrase yang diungkapkan oleh seorang bro semalam yang saya sangat suka: 'masyarakat hari ini adalah satu realiti yang perlu diubah'.

yezza!

sangat tak sangka, beliau akan mengeluarkan ayat seperti ini. perghhh.

wahai diri, don't judge a book by it's cover.

*****************

'Perbuatan yang sama tidak memberi pengajaran dan pengalaman yang sama' - Mira Win.

tapi kalau kita gagal untuk memperoleh pengajaran yang baru, mungkin sesuatu didalam diri kita perlu diperbaharui.

ok, mungkin ni tiada kena mengena dengan post ni sangat, tapi ini adalah untuk diri sendiri. dan yang lain, jika mahu mengambil pengajaran.



-post ini sangat2lah bercelaru. heh.
-maaf kerana tidak mampu maintain 'flow'. saya sedar, ia sangatlah rough-edged. insyaAllah, sedang cuba untuk perbaiki.


signing off,

S.U

Wednesday, 3 July 2013

BAGAIMANA MAHU SAMPAI?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


kredit to syeraho


update lagi. rajin betul nak update ye sekarang. haha.


sebenarnya bukak blog dengan niat nak buat sesi tadabbur yang pertama. tapi teringat blog ni sedang di stalk oleh orang hebat *ehem*. tunggu orang tu benti stalk dulu la deh? haha. (ana segan laaa dengan enti. :P)

melalut.

jalan2 di laman sesawang indon, kabarpks.com. dan terjumpa satu post yang sangat menyentapkan.

ini adalah kopi dan pasta nya tapi dengan sedikit perubahan supaya lebih mudah untuk difaham oleh kalian.


*******************

"Akh, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da'wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh." Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada seorang murobbinya di suatu malam.

Sang murobbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin enta lakukan setelah merasakan semua itu?" sahut sang murobbi setelah sesaat termenung.

"Ana ingin berhenti saja. keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan prilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana lalui sendiri saja." Jawab mad'u itu.

Sang murobbi termenung kembali. Tidak tampat raut terkejut dari raut wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila suatu kali enta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah sangat usang. Layarnya dan kayunya banyak yang berlubang. bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan enta lalukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna dalam.

Sang mad'u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajan melalui kiasan yang amat tepat.

"Apakah enta memilih untuk terjun kelaut dan berenang sampai tujuan?" Sang murobbi memberi opsi. "Bila enta terjun ke laut, sesaat enta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan enta untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan hiu datang. Darimana enta mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana enta mengatasi hawa dingin?" serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang mad'u. sudah pasti, sang mad'u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian.

Kekecewaannya memuncak, namum sang murobbi yang dihormati justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keiinginannya.

"Akhi, apakah enta masih merasa bahwa jalan dakwah adalah yang paing utama menuju ridho Allah? Bagaimana bila ternyata mobil yang enta kendarai dalam menempuh jalan itu ternyata rosak? enta akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu terbiar di atas jalan, atau mencoba memperbaikinya?" Tanya sang murobbi lagi.

Sang mad'u tetap terdiam salam sesenggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya; "Cukup akhi, cukup. Ana sadar.. maafkan ana.. ana akan tetap istiqomah. ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medali kehormatan. atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan..."

"Biarlah yang lain dengan urusan pribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan  hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi pelebur dosa-dosa ana." Sang mad'u berazzam dihadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya.

Sag murobbi tersenyum. "Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah. Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan enta. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka dimata enta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu enta lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da'i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk memperbaiki masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya. Yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah. Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil, tidak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!"

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada isyu atau gosip, tutuplah telinga dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil terhadap saudara sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliannya."


*******************

Satu artikel yang saya kira agak ringkas, tapi sangat padat.

Bila berlayar di atas kapal yang sangat usang seperti yang disebut, apa yang saya akan lakukan. saya ada tiga jawapan untuk soalan itu.

satu - andai kata destinasi yang ingin dicapai adalah dekat, ya, saya akan terjun. yes, risikonya tinggi, but why not? :P

dua - bina rakit dengan apa yang ada.

tiga - perbaiki kapal itu semampu mungkin. atas perjalanan yang panjang ini, dan dengan matlamat yang tinggi, kita perlu ada asas yang kukuh. bagaimana mahu menegakkan khilafah jika ummah masih berjiwa kosong?

saya lebih cenderung untuk yang ketiga. :)

saya percaya, setiap manusia ada hadaf masing2. ada tujuan, ada matlamat. maka tanyalah diri sendiri, apa yang telah dilakukan untuk mencapai hadaf itu. sudahkah kita bermula? atau masih teragak2? planning dah buat?

bagaimana caranya untuk kita sampai ke destinasi dengan selamat?

putar2kan lah soalan itu dalam kotak minda kalian.





signing off,

S.U.

Monday, 1 July 2013

UKHTI KU.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

pesanan penaja: post ini adalah khas untuk seseorang (dia tahu dia siapa). ia bersifat teramatlah jiwang dan romantiko. maka sebelum anda muntah hijau-oren-kuning, anda dinasihatkan untuk pergi meneroka post2 yang lain. kalau nak baca post ini juga, dipersilakan. tapi sila sediakan baldi. saya dah warning ye. kalau termuntah atas komputer kamu2 semua, jangan cari saya. hoho. sekian sahaja pesanan penaja. wasalam.




[kredit]

ukhtiku yang dicintai,

ingatkah kamu lagi, kali pertama kita bermusafir bersama?

kerana saya masih ingat. 30 june 2012. kita ke rumah nenek. bersama menceriakan hari adik2.

ingatkah kamu, kali kedua kita bermusafir? kali ketiga? keempat?

saya ingat, ukhti. kerana setiap kali kita bermusafir bersama, ia sangat bermakna bagi saya.

ketika mana yang lain tidak mampu menemani diri ini kerana urusan lain, kamu ada, memimpin tanganku.

ketika mana dunia mengucapkan selamat pergi dan pulang, kamu angkut beg dan berjalan bersama ku.

ketika mana mereka mengucapkan 'kenapa awak nak pergi program tu?', kamu bertanya 'awak pergi dengan siapa?'.

ketika mana saya mula jatuh bila mereka katakan 'tak payah pergi', kamu datang dengan senyumanmu itu, lalu menaikkan semangat aku semula.

semua itu sangat memberi impak pada diri ini wahai ukhti. menguatkan lagi diri ini. dan sekarang, saya sudah mampu bermusafir sendirian. jazakillahu kheir untuk itu.

ukhti, saya ingat lagi. ketika Allah menguji saya dengan ujian yang sangat besar. saya fikir, saya tidak mampu mengharunginya. saya keliru. dan hampir berputus asa. kemudian kamu datang. bersama dengan nasihat2 emas mu itu. mungkin secara kamu tidak sedar. tapi saya yakin, Allah sudah takdirkan untuk tajuk perbualan kita malam tersebut berkisar tentang 'itu'. lalu secara tak langsung, membantu saya. jazakillahu kheir juga, untuk itu.

ukhti ku sayang. saya masih ingat. bagaimana kamu bersusah payah ketika diri ini diuji nikmat kesihatan. bagaimana risaunya kamu serta sahabat yang lain. bagaimana kamu sanggup korbankan katilmu untuk diriku lalu tidur beralaskan simen. bagaimana kamu asyik memujuk diri yang teramat degil ini untuk jumpa doktor. bagaimana kamu membuat saya hampir menangis terharu bila kamu duduk sebelahku lalu memelukku. kamu seakan tahu, bahawa saat itu saya sangat merindui pelukan ibuku. jazakillahu keir lagi, untuk itu.

bila saya katakan kamulah soul mate saya, saya maksudkannya walau diucap dalam nada bergurau. kerana sering kali saya melukai hatimu. sering kali saya menyusahkan mu. sering kali membuat kamu penat dengan kerenah ku. sering kali saya buli kamu. tapi kamu tetap ada.

mukmin itu, ibarat bangunan. menguatkan antara satu sama lain. kan?

senyum besar.

ukhti, kamu lah penguat semangat saya. penasihat tak bertauliah saya. peneman saya.

kamu lah, soul mate saya.

dan saya sangat berharap, saya diberi peluang untuk membalas jasa2 kamu. kerana sejujurnya, saya rasa, dirimu tak layak untuk aku.

persahabatan kita, tidaklah seagung persahabatan Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakr. sering aja ada perselisihan faham. tapi kita cuba berlapang dada, kan? saya menghargai persahabatan ini. saya harap, ia terus kekal. berpaksikan iman. berpaksikan Allah.

ukhti, kini genaplah setahun semenjak kita mula bermusafir bersama. semoga, kita akan terus bermusafir bersama di atas muka bumi Allah ini. sehingga nyawa ditarik. kerana saya mahu, perjuanganku menjadi perjuanganmu juga. :)

selamat hari lahir ya ukhti. semoga sentiasa berada dibawah lembayung rahmatnya.

hadiah dari ku? nanti kan... dah susun baik punya~ ^^

ukhti, aku cintakan mu. kerana Allah. barakallahu feek atas persahabatan yang indah ini.

ps: maaf ayat tak berapa tersusun. duk menulis sambil potong bawang laju2, macam nilah outcome nye. :P

pss: awak, sila print dan framekan post ini. bukan senang nak dapat saya tulis jiwang2 macam ni okey. ni yang pertama dan mungkin yang terakhir? who knows? muahaha.

psss: mohon tangisan terharu setelah awak baca. demand ni! :P



yours sincerely,
a touched friend.