Monday, 1 July 2013

UKHTI KU.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

pesanan penaja: post ini adalah khas untuk seseorang (dia tahu dia siapa). ia bersifat teramatlah jiwang dan romantiko. maka sebelum anda muntah hijau-oren-kuning, anda dinasihatkan untuk pergi meneroka post2 yang lain. kalau nak baca post ini juga, dipersilakan. tapi sila sediakan baldi. saya dah warning ye. kalau termuntah atas komputer kamu2 semua, jangan cari saya. hoho. sekian sahaja pesanan penaja. wasalam.




[kredit]

ukhtiku yang dicintai,

ingatkah kamu lagi, kali pertama kita bermusafir bersama?

kerana saya masih ingat. 30 june 2012. kita ke rumah nenek. bersama menceriakan hari adik2.

ingatkah kamu, kali kedua kita bermusafir? kali ketiga? keempat?

saya ingat, ukhti. kerana setiap kali kita bermusafir bersama, ia sangat bermakna bagi saya.

ketika mana yang lain tidak mampu menemani diri ini kerana urusan lain, kamu ada, memimpin tanganku.

ketika mana dunia mengucapkan selamat pergi dan pulang, kamu angkut beg dan berjalan bersama ku.

ketika mana mereka mengucapkan 'kenapa awak nak pergi program tu?', kamu bertanya 'awak pergi dengan siapa?'.

ketika mana saya mula jatuh bila mereka katakan 'tak payah pergi', kamu datang dengan senyumanmu itu, lalu menaikkan semangat aku semula.

semua itu sangat memberi impak pada diri ini wahai ukhti. menguatkan lagi diri ini. dan sekarang, saya sudah mampu bermusafir sendirian. jazakillahu kheir untuk itu.

ukhti, saya ingat lagi. ketika Allah menguji saya dengan ujian yang sangat besar. saya fikir, saya tidak mampu mengharunginya. saya keliru. dan hampir berputus asa. kemudian kamu datang. bersama dengan nasihat2 emas mu itu. mungkin secara kamu tidak sedar. tapi saya yakin, Allah sudah takdirkan untuk tajuk perbualan kita malam tersebut berkisar tentang 'itu'. lalu secara tak langsung, membantu saya. jazakillahu kheir juga, untuk itu.

ukhti ku sayang. saya masih ingat. bagaimana kamu bersusah payah ketika diri ini diuji nikmat kesihatan. bagaimana risaunya kamu serta sahabat yang lain. bagaimana kamu sanggup korbankan katilmu untuk diriku lalu tidur beralaskan simen. bagaimana kamu asyik memujuk diri yang teramat degil ini untuk jumpa doktor. bagaimana kamu membuat saya hampir menangis terharu bila kamu duduk sebelahku lalu memelukku. kamu seakan tahu, bahawa saat itu saya sangat merindui pelukan ibuku. jazakillahu keir lagi, untuk itu.

bila saya katakan kamulah soul mate saya, saya maksudkannya walau diucap dalam nada bergurau. kerana sering kali saya melukai hatimu. sering kali saya menyusahkan mu. sering kali membuat kamu penat dengan kerenah ku. sering kali saya buli kamu. tapi kamu tetap ada.

mukmin itu, ibarat bangunan. menguatkan antara satu sama lain. kan?

senyum besar.

ukhti, kamu lah penguat semangat saya. penasihat tak bertauliah saya. peneman saya.

kamu lah, soul mate saya.

dan saya sangat berharap, saya diberi peluang untuk membalas jasa2 kamu. kerana sejujurnya, saya rasa, dirimu tak layak untuk aku.

persahabatan kita, tidaklah seagung persahabatan Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakr. sering aja ada perselisihan faham. tapi kita cuba berlapang dada, kan? saya menghargai persahabatan ini. saya harap, ia terus kekal. berpaksikan iman. berpaksikan Allah.

ukhti, kini genaplah setahun semenjak kita mula bermusafir bersama. semoga, kita akan terus bermusafir bersama di atas muka bumi Allah ini. sehingga nyawa ditarik. kerana saya mahu, perjuanganku menjadi perjuanganmu juga. :)

selamat hari lahir ya ukhti. semoga sentiasa berada dibawah lembayung rahmatnya.

hadiah dari ku? nanti kan... dah susun baik punya~ ^^

ukhti, aku cintakan mu. kerana Allah. barakallahu feek atas persahabatan yang indah ini.

ps: maaf ayat tak berapa tersusun. duk menulis sambil potong bawang laju2, macam nilah outcome nye. :P

pss: awak, sila print dan framekan post ini. bukan senang nak dapat saya tulis jiwang2 macam ni okey. ni yang pertama dan mungkin yang terakhir? who knows? muahaha.

psss: mohon tangisan terharu setelah awak baca. demand ni! :P



yours sincerely,
a touched friend.

1 comment:

Anonymous said...

salam. baldi sdg penuh ya ukhti.....speechless..... Sy frame kat kuantan nnt....nantikn masterpiece anda di wall sy......ha.ha. seyes tgh nangis ni.....

SYUKRAN. MAY ALLAH BLESS YOU......THANKS.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH, kerana temukan aku dgn si comel ni.....yg sentiasa mengajak utk mencmpkkn diri dlm fragile zone utk mnjadi lbh kuat dlm perjuangan menegakkan agama- Mu. Bantulah kami Ya ALLAH, ku mohon eratkanlah ikatan kami dan satukanlah hati kami di bawah lembayung rahmat-MU. AMIN.