Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
![]() |
| source: enchik G. |
saya percaya bahawa setiap orang punyai cita2, punyai misi dan visi hidup masing2, punyai lakaran bagaimana mahu menjalani kehidupan ini sehingga kehujungnya, samada lakaran secara kasar atau halus. boleh jadi semua ini tidak jelas, boleh jadi juga ianya jelas. tapi yang pasti, setiap orang ada semua yang disebut. itu, saya percaya.
ada orang kata, dia tak punya cita2. tapi katanya lagi, dia mahu hidup senang. bukankah itu cita2 juga?
ada orang kata, dia tak punya cita2. tapi katanya lagi, dia mahu hidup senang. bukankah itu cita2 juga?
ada orang kata, dia tak kesah ke mana kehidupan membawa dia, tapi setiap kali exam, dia pulun habis2an. bukankah itu bermakna dia sebenarnya kesah?
ada orang kata, dia pasrah, asalkan dia mendapat sedozen orang zuriat yang soleh. bukankah itu satu matlamat yang perlu diusahakan dan bukan boleh sekadar berlepas tangan?
ada pula mereka yang sangat jelas masa depannya. sudah tersusun pada umur ini mereka akan buat apa, pada umur itu mereka akan buat apa. bercita2, bervisi, bermisi, berhadaf. bagus.
TAPI! mereka tak sedar, yang sebenarnya in the end, mereka hanya mahukan kebahagiaan. lalu bila Allah membimbingnya ke arah kebahagiaan itu mengikut jalan yang berlainan, mereka terduduk dan meraung.
mungkin ada yang menyangka, untuk aku berjaya, aku mesti dapatkan kos ini. mesti. tak kamceng dengan kos lain. ini aja. so mesti kena dapatkan. namun, mereka lupa, bahawa semuanya ilmu Allah. dan ke-kamceng-an itu juga, Allah yang pegang.
dan bila Allah memberi kos yang sebenarnya lebih baik, mereka mula mengugut nak bunuh diri. heh.
mereka lupa bahawa Allah lebih tahu.
lagi teruk, mereka lupa bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik.
ya, saya percaya setiap yang bergelar manusia mempunyai cita2, misi dan visi sendiri.
namun, kebanyakan diantara kita tak sedar apa sebenarnya yang kita mahu.
boleh jadi kita kepingin untuk menjadi seorang jutawan. tapi jauh di sudut hati, sebenarnya kita hanya mahukan kebahagiaan. dan kita sangka, menjadi seorang jutawan boleh membahagiakan kita. tapi Allah tahu. tahu bahawa dengan kita hidup dalam keadaan papan kedana, kita lebih faham apa itu maksud kebahagiaan.
boleh jadi juga, kita terlampau nak menguasai ilmu hisab, tapi yang sebenarnya, kita hanya mahu merasakan cabaran ilmu hisab yang dikatakan sungguh dahsyat. tapi Allah lebih tahu, ilmu hisab itu hanyalah kacang pis yang sekali gigit dah hancur bagi kita. heheh.
lalu bila Allah berikan peluang untuk menguasai ilmu fizik, mengapa perlu menangis? mahu menyalahkan takdir kah? heh.
'semuanya milik Allah. semuanya Allah yang pegang. kalau kita buat all that lillahi ta'ala, insyaAllah kita mampu tersenyum sepanjang jalan.' - quoted
'jangan sempitkan minda dengan perkara2 yang kita sekadar 'dengar2'. peluang itu, kita boleh cipta sendiri.' - quoted
Allah lebih kenal kita dari kita kenal diri kita. ingat tu.
ps: post ini adalah untuk diri sendiri. BUT, kalian pun silalah terasa.
pss: ada seorang lecturer cerita, ada dua orang graduan biology yang meminta kerja di syarikat insurans. mereka sendiri datang mengatakan syarikat itu perlukan mereka untuk membaca medical2 report. mereka cipta peluang mereka. pergh.
signing off,
S.U.

No comments:
Post a Comment