Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
setujukah kalian jika saya katakan, permulaan itu adalah sesuatu yang susah?
tak setuju pun tak apa. ini sekadar pandangan saya. dan saya sedang melaluinya.
berhenti! ini lari topik. hekherm.
maaf. bila perasaan terlampau teruja bercampur takut, this is the aftermath.
wey2! korang3! hampa oi!
Ramadhan lagi sehari je, tahu tak?!
sehari jee!!!!!! yaaahhoooooooooo!
ketidaksabaranyangmelampau. haha.
Alhamdulillah, Ramadhan sudah hampir sangat2. Maka, sebagai persiapan, saya serta sahabat dengan selambek nya pergi membuat serbuan dan memberi sedikit 'pop quiz' bertemakan Ramadhan kepada pengunjung2 kl sentral.
dengan niat mahu menyedarkan diri dan juga masyarakat tentang Ramadhan. terutamanya diri sendiri.
dan alhamdulillah, serbuan kali ini mendapat feedback yang sangat2 memuaskan.
tiada cacian. tiada halau-menghalau. tiada juga soal jawab dengan big boss. nothing like that. yang ada hanyalah 'tolonglah, takde mood nak jawab soalan2 macam ni' meskipun kami sudah meminta izin dahulu. juga lambaian pergi dan gelengan lemah. itu sahaja. alhamdulillah. :)
soalan2 yang kami lontarkan hanyalah soalan2 basic seperti pendapat tentang kesedaran Ramadhan di kalangan ummat dan kesalahan2 yang sering dibuat di dalam bulan Ramadhan. kami juga tanya bagaimana mereka akan react terhadap beberapa situasi yang kami beri yang most likely kita akan jumpa ketika bulan Ramadhan.
kami bertanya. mereka menjawab. jika ada yang kosong, kami bantu. mudah kan? maka mengapa ramai yang terlampau takut untuk ber dakwah jalanan atau ber street dakwah?
saya setuju dan mengaku, berada di atas lapangan ini adalah sangat menggerunkan. yes. in fact, saya dapati, kegerunan ini dirasai oleh majoriti yang menjadikan street dakwah sebagai hobi mereka. walaupun sudah ke 40 ribu kali, perasaan 'bagaimana mahu mula?' tetap ada.
semalam juga begitu. tambah lagi dengan last minute change of plan. setengah jam yang pertama menyaksikan kami menyusun semula plan dengan rapi. manakala untuk setengah jam yang kedua, kami bergelut dengan diri untuk approach prospect pertama sambil bertawaf sekeliling kl sentral. setengah jam untuk seorang sahaja! hoh.
but! bila yang pertama itu berjaya dilalui, saya yakin, kalian pasti akan tersenyum sumbing, kaki rasi nak melompat2 usik siling sambil mata meliar mencari mangsa kedua, ketiga dan seterusnya. sehingga rasa puas! ^_^
kalian, lupakan segala fikiran2 yang negative. negative thinking adalah sangat contagious. sehingga ia mampu memberi gambaran yang negative secara total. sedangkan street dakwah ini bukanlah sesuatu yang negative langsung!
lapangan ini mengajar untuk tidak buruk sangka dengan masyarakat.
lapangan ini mengajar bagaimana mahu mendekati manusia yang pelbagai jenis dan ragam.
lapangan ini meneguhkan lagi kefahaman, bahkan kita kongsikan kefahaman itu dengan ummat!
lapangan ini memberi ruang untuk meningkatkan soft skill yang sangat diperlukan dalam dunia dakwah ini.
lapangan ini takkan pernah gagal untuk memberi informasi2 baru yang kita tak pernah tahu, melalui mereka2 yang di'terjah'.
lapangan ini mendidik para da'ie untuk membina hati yang kental. yang tetap teguh bila dimaki dan dicaci.
dan, boleh jadi, lapangan ini menyaksikan bagaimana dua insan yang saling tidak mengenali mampu bergelak tawa seperti sudah 10 tahun berkenalan.
lapangan ini, mempunyai terlampaulah banyak kelebihan. dan atas sebab itulah, saya sering meng-syorkan sahabat2 dan adik2 yang saya kira sudah bersedia untuk mengepakkan sayapnya, untuk bergerak ke lapangan ini.
saya teringat, di dalam sebuah forum antara IM Asyraf dan para vloggers, IM ada mengatakan, 'untuk menjadi idealist, semua boleh. tapi untuk menjadi realist, tak ramai yang berani.'
saya setuju. dan saya mahu berada di dalam golongan yang tak ramai itu. kalian bagaimana? sekalilah jom? :)
menjadi realist bukanlah sesuatu yang mudah. lagi2 realist yang berurusan dengan masyarakat luar.
masakan tidak, kita berada di dalam fragile zone dan secara tak langsung kita mencampakkan diri untuk berbual dengan complete stranger yang boleh memilih sama ada untuk melayan kita, berlalu pergi atau juga mencederakan kita. tapi, meskipun semua itu, kita tetap pilih untuk berada di atas lapangan ini. mengapa? kerana kita sudah rasa betapa bahagianya, betapa seronoknya dan betapa osemnya membahayakan diri demi menegakkan agama Allah.
tapi mohon kawal keterujaan anda. biar pada tempatnya.
dan, paling perlu diingat, untuk berdakwah adalah untuk menyentuh jiwa2. maka, untuk setiap insan yang didekati, cuba untuk menghiburkan hatinya.
*****************
satu phrase yang diungkapkan oleh seorang bro semalam yang saya sangat suka: 'masyarakat hari ini adalah satu realiti yang perlu diubah'.
yezza!
sangat tak sangka, beliau akan mengeluarkan ayat seperti ini. perghhh.
wahai diri, don't judge a book by it's cover.
*****************
'Perbuatan yang sama tidak memberi pengajaran dan pengalaman yang sama' - Mira Win.
tapi kalau kita gagal untuk memperoleh pengajaran yang baru, mungkin sesuatu didalam diri kita perlu diperbaharui.
ok, mungkin ni tiada kena mengena dengan post ni sangat, tapi ini adalah untuk diri sendiri. dan yang lain, jika mahu mengambil pengajaran.
-maaf kerana tidak mampu maintain 'flow'. saya sedar, ia sangatlah rough-edged. insyaAllah, sedang cuba untuk perbaiki.
signing off,
S.U

No comments:
Post a Comment