Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Beberapa hari lepas seorang sahabat bertanya,
'macam mana shera mula pakai tudung labuh?'
sedikit terkedu mendengar soalannya, tapi cepat2 dicover. sebenarnya, itu bukan kali pertama saya terima soalan sebegitu. tapi ia juga bukan satu soalan yang saya dah sediakan jawapan. setiap kali ditanya, pasti saya akan mengelak. dan semalam juga kes yang sama, pelbagai helah saya buat untuk lari dari soalan.
maaf wahai sahabatku. saya belum ready untuk menjawab pada masa itu. tapi sekarang saya dah bersedia. maka, selamat membaca wahai kalian yang comel~! haha.
Discember 2007
ini kali pertama saya kenal apa itu tudung labuh. selepas tamat sekolah rendah, saya apply untuk masuk kelas KAA, kelas aliran agama. ada interview. lepas pass interview tersebut, ustaz beri 'uniform guideline' pada kami. and guess what? tudung labuh melepasi paras bahu diwajibkan.
pada mula dapat uniform guideline tu, tertanya-tanya juga, tudung apa yang labuh sangat? wujud ke? huhu. tapi saya tak tanya banyak, cuma passkan list tersebut pada mummy tersayang.
a few weeks after, we were in the tailors, trying out 'tudungs'. pakai cabut, pakai cabut. lepas beberapa kali cuba, soalan dilontarkan kepada emak,
'apsal besar sangat mak. macam mana nak tulis nanti.'
saya tak ingat apa mak jawab. haha. tapi akhirnya, tudung dibeli.
January 2008
naik sekolah menengah. itulah first time pakai tudung labuh lebih 5 minit. first time pakai kurang 5 minit time cuba2 tu la~ hee... mula2 memang rasa janggal. rasa macam burung pun ada masa tu. sebab bila angkat tangan, rasa macam ada kepak. haha. tapi alhamdulillah, lama2 dapat menyesuaikan diri pakai tudung labuh. keselesaan dirasa. cuma time ni, tudung labuh hanya dipakai ketika ke sekolah. tidak diluar.
tapi ia tak lama dipakai. cuma 2 bulan lebih. setelah berpindah ke UK, tudung labuh langsung dilupakan.
January 2012
menjejakkan kaki ke CFS IIUM mengingatkan saya kembali terhadap tudung labuh. rindu mahu bertudung labuh semula. rindu akan keselesaan yang dirasa. rindu pada 'sayap' saya. ^^ dalam diam, hajat ditanam untuk memakai tudung tersebut semula.
tudung labuh pertama dibeli ketika RAFEST'12 sedang berjalan. tudung bawal bidang 60. namun, ia disimpan rapi didalam locker. macam2 perasaan menyelinap masuk ke ruang kalbu. eceh ayat. entah betul entah tak. haha. takut. gembira. excited. gerun. macam2. faham tak? tak pandai nak explain perasaan yang tak terkata tu. ok, to those yang memang dah bertudung labuh, maybe macam bila nak mula pakai purdah. macam2 perasaan dirasa. kan? haaa, lebih kurang macam tu lah yang saya rasa time tu. kot. :P
perasaan2 tersebut membuatkan saya tidak bersedia. mungkin bagi seseorang bersedia tidak perlu menjadi isu. tapi persediaan amat penting bagi saya.
March 2012
sekitar waktu inilah, tudung yang dibeli itu, dipakai. setelah dipujuk, didesak, diberi semangat, diapaentahlagi oleh sahabat rapat. malam sebelumnya dia ada menelefon saya dan berpesan untuk solat istikharah. saya buat apa yang disuruh. paginya, keinginan untuk memakai tudung bidang 60 itu membuak2. pada mulanya hanya hendak mencuba depan cermin. tapi bila dah pakai, rasa taknak cabut. rasa... entah. perasaan yang tak dapat nak diberi description.
maka hari itu dan seterusnya, saya kekal bertudung bawal bidang 60.
August 2012
dah nak raya. so kena la cari baju raya~ ^^ amboi, dah besar pun nak baju2 raya lagi? haha.
Pada mulanya hanya berniat untuk mencari sehelai jubah. betul ke sehelai? :/ tapi mak panjangkan lagi list, including a few Muslimah T-Shirts. Bila nak cari baju muslimah, kenelah cari butik muslimah dulu kan? dan dalam butik muslimah tu sah2 la bukan ada baju je kan? haa, di salah satu butik tu la saya terpandang tudung labuh 'sekolah agama style'.
jadi? jadi, sementara mak belek baju, saya belek tudung. :) tapi kemahuan saya untuk membeli disimpan dahulu. cuba2 baju yang dipilih mak dulu.. ^^ time nak bayar, makcik yang berhati mulia tu bagi diskaun. alhamdulillah. she said,
'wah, banyak nya. saya kena bagi diskaun la macam ni.'
'kalau beli tudung sekali, dapat diskaun lebih tak makcik?' saya balas, tersengih-sengih. sebenarnya saya hanya mengusik, tapi makcik tu setuju. wah, best ni. huhu.
maka mak pun bertanya, nak beli tudung apa. saya tunjuk pada mak, dan mak membelek-belek tudung itu. saya dapat agak daripada reaksi mak yang mak kurang bersetuju. tapi dye tak pula menyuarakannya. akhirnya mak tanya mahu warna apa. syukur alhamdulillah, akhirnya beberapa helai dibeli.
pertama kali bertudung labuh sekolah agama style selepas balik uk, ialah pada waktu raya itu. dan sejak itu, saya mula pakai on-off, bersilih ganti dengan tudung bawal.
November 2012
Short sem. semester baru, bilik baru, dan juga roomate baru. 2 orang roomate saya bertudung labuh. dan daripada Allah, melalui mereka, saya mendapat kekuatan untuk bertudung labuh secara tetap.
benarlah kata orang, roomate itu penting. kerana mereka boleh mengubah kita.
so, itulah kisah saya. membosankan kan? mohon maaf kepada sesiapa yang tersengguk-sengguk membaca~ ^^
alhamdulillah, sekarang, if ada orang tanya bagaimana saya mula bertudung labuh, saya boleh menjawabnya.
saya bertudung labuh bukan hanya kerana keinginan. memang, keinginan adalah faktor utama, tapi ada faktor lain juga. salah satunya adalah kerana mahu memperbaiki tingkah laku. kerana apabila bertudung labuh, terasa tingkah laku perlu dijaga.
memang, sebagai orang islam, tingkah laku perlu sentiasa dijaga. tapi saya manusia, perlukan inisiatif yang kuat. dan inilah salah satu inisiatif saya.
saya tidak mahu tudung yang saya pakai hanya menjadi sebidang kain yang menutupi kepala. tapi biarlah ia jadi salah satu bukti bahawa saya sedang berusaha untuk memantapkan diri.
however, masih banyak yang saya perlu perbaiki. terlalu banyak. dan saya masih berusaha. mohon bantuan rakan-rakan yang membaca untuk membantu saya.
jika saya salah, tegur lah.
jika saya degil, marah lah.
jika saya tetap berdegil, pukul lah.
kerana saya hanya insan biasa.
![]() |
| Credit to Rusydee Art |
signing off,
S.U
