Sunday, 28 July 2013

FINANCIAL FREEDOM? APA TU?


JANGAN kondem. Ini juga makhluk Allah.

rata2 bila disebutkan tentang financial freedom kepadanya, pasti akan membuat tayangan 'tekak aku sangat cantik lagi hensom' secara percuma.

rahang jatuh. teruk betul opening dia nih. heh.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

financial freedom. satu keadaan dimana seseorang itu bebas dari perasaan bahawa dia perlukan duit. bebas dari menjadi hamba kepada duit.

lantas, mudah sahaja dipersoalkan, 'ada ke orang yang financially freed ni? mana boleh hidup tanpa duit. duit tu segala2nya kot!'

yes, mana mungkin kita boleh hidup tanpa duit. jika dahulu, mungkin manusia gunakan sistem pertukaran barang. itu juga 'duit', cuma namanya sahaja yang lain.

kerana setiap didunia ada harganya. samada kecil atau besar atau tak ternilai langsung.

namun, duit bukanlah segala2nya. bukan. semua duit yang ada didunia ini, takkan dapat membeli dunia ini sendiri. dan bila seseorang itu meyakini hal ini, that's a step forward towards financial freedom.

ramai, sangat ramai, yang percaya akan sebuah pembohongan yang menyatakan bahawa dengan mendapatkan lebih banyak duit adalah solusi kepada masalah kewangan yang dihadapi.

jika ini adalah perkara yang benar, mengapa tiap hari saya saksikan mereka2 yang tinggal di villa2 besar masih keluar bekerja, masih merasakan mereka perlukan duit? huh, pembohongan semata.

mengapakah ini terjadi? kerana mereka sudah tertipu dengan satu lagi helah dunia. kerana wujudnya perasaan bahawa duitnya sentiasa tidak cukup.

sistem dunia mengatakan bahawa mereka yang menjana pendapatan tinggi, perlu ada kos sara hidup yang tinggi. manakala mereka yang menjana pendapatan yang rendah, mempunyai kos sara yang bersesuaian. at the end of the day, boleh jadi kedua2 golongan ini mempunyai baki untuk menabung dalam jumlah yang sama.

nak contoh?

pak abu adalah seorang nelayan. setiap bulan, beliau mendapat pendapatan sebanyak RM600. hasil dari itu, beliau akan membelanjakan RM500, cukup2 untuk anak2 dan isterinya.

Tan Sri Poyo adalah CEO sebuah syarikat bernama 'Kepoyoan'. setiap bulan, gaji beliau mencecah RM70,000. hasil dari itu, RM30,000 akan disalurkan kepada dua orang anaknya yg sedang belajar diluar negara, RM20,000 untuk isterinya mendandan rambut dan merawat muka yang sudah menampakkan banyak kedut di spa terkemuka di malaysia dan juga untuk majlis2 bersama puansri2 yang lain, RM10,000 untuk membayar gaji driver, gardener, tukang masak, pembantu rumah dan PA, RM1,000 utk isi peti sejuk dengan makanan2 dan minuman2 yang mampu membuat seorang menadah air liur sehingga sebaldi penuhnya, RM8,900 pula utk servis kereta ferari yang baru dibelinya.

seronok kau bagi description penuh ye. heh.

ok, sila berhenti berangan.

nota penting, ini adalah contoh semata2.

jika dapat dilihat pada contoh yang saya sangat2 suka nak bagi tu, akhirnya mereka hanya berbaki dengan RM100. dan akhirnya, mereka sama2 mengatakan 'Aku perlu dapatkan lebih banyak duit.'

kerana, bila duit sikit, kena jimat cermat. bila duit banyak, 'status' pun naik, kenalah beli barang2 yang sesuai dengan status, boleh belanja ikut suka nafsu. kan?

inilah sistem dunia. dan kita telah tertipu.

maka disini, sangatlah perlu untuk kita fahami Financial Literature. faham akan sifat duit itu sendiri. bahawa ia adalah alat untuk kita dapatkan apa yang kita perlu and in most cases, mahu.

jadikan duit sebagai hamba kita. bukan sebaliknya. kerana salah satu sifat duit adalah, ia kadang2 ada dan kadang2 tak ada. tak wujud. tak layak utk jadi tuhan. 

oh ya, bagaimana mahu jadi financial freedom? hmmm... kita ni kan logam :)

gunakan apa yang kita ada untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

scene 1: 'aku teringin sangat nak buat video2 islamik macam depa buat kat youtube tu. tapi... macam mana nak buat kalau takdak video camera?' pok teh menceritakan kesedihannya kepada mok teh sambil melambung2 Galaxy S4 milik nya.

tak rasa nak baling senduk kat pok teh tu ke?

scene 2: sedang ligat mok teh bagi makan ayam2 peliharaannya, beliau terfikir. 'dah lama tak makan ayam. harga ayam dah naik, tak cukup duit lah pulak nak beli. tak pelah, puasa dari makan ayam dulu sementara pok teh dapat duit lebih sikit. makan daging dan ikan pulak.'

ada rasa nak ketuk mok teh dengan kuali pulak?

ok, cukup dua scene sahaja. satgi melayang satu dapur.


****************************

sebenarnya, andai wujudnya sifat bersyukur dalam diri kita, kita tidak akan pernah rasa tak cukup.

bukankah rezeki Allah itu datangnya dari arah yang tidak disangka2kan?

jadi, ayuh sahut cabaran saya. keluar dari arus perdana yang sungguh merepek dan tak masuk dek akal ini. lets be financially freed. ;)


nota di bahagian tapak kaki: despite semua yang dibicarakan diatas, mana mungkin kita dapat kecapi financial freedom secara TOTAL. kecuali jika anda hidup didalam gua dan tidak memerlukan apa2 dari masyarakat sekeliling. ini adalah kerana total financial freedom can only be obtained in JANNAH. where everything is free. :)

jom jumpa kat syurga? *gaya ckap mcam nak jumpa kat kmpong sbelah je* ^^'




ps: seperti biasa, tulisan ini adalah untuk saya semata. tapi silalah ambil iktibar juga. semoga bermanfaat.

pss: adalah sangat bagus jika kalian merujuk buku tulisan Robert T. Kiyosaki, 'Rich Dad, Poor Dad.' kemantapan yang amat. ia juga menyentuh tentang kitaran robot. :)

psss: selamat mengejar malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. moga saya, kamu, dan yang lainnya tergolong dalam golongan yang beruntung.

pssss: sungguh berjiwa sastera betul si penulis hari ini ya. mimpi indah kah semalam? haha :P



signing off,

S.U.