Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
![]() |
| [kredit] |
Belog ini kian nazak. bukan kerana sengaja ditinggalkan. tapi keadaan yang tidak mengizinkan.
tapi, boleh jadi saya pun seperti belog ini. turut sama nazak. entah kenapa.
terngiang2 ucapanku buat sahabat beberapa hari lepas.
'mana mungkin untuk kita rasa nikmat perasaan seorang mukmin itu, andai kehidupan seharian kita sangat jauh beza dengan kehidupan seorang mukmin.'
lebih kurang begitulah.
terlampau mudah untuk mulut berbicara kan?
saya ini, di golongan mukmin kah?
kalian yang membaca, kalian rasa, kalian sudah layak digelar mukmin kah?
Allahu...
minggu lepas, si naqibah datang menjenguk. bukan saya tak gembira akan pertemuan yang sekejap cuma itu, tapi mungkin timing nya sedikit salah. kerana waktu itu, saya kepenatan yang teramat.
perbualan kita ringkas sahaja. malah tiada bualan ringan. terus straight to the point. barangkali beliau faham.
'semua benda ada limit. semuanya kecuali Allah.'
sungguh cliche. tapi benar. mungkin kerana kebenaran itulah yang membuatnya bersifat cliche. mungkin.
'kadang2, semangat dakwah kita terlampau tinggi sehingga kita lupa untuk berehat.'
'rehat kita kan disyurga.'
'tapi, jangan sampai kepenatan awak berlari laju menjadi asbab kepada kefuturan. jadi seorang pelari marathon, bukan pelari pecut.'
lama saya tenung beliau.
tapi renungan tajam dibalas dengan senyuman dan usapan lembut di lengan. kemudian disusuli dengan salam.
saya yakin beliau tahu, tika itu, saya enggan mengambil masuk kata2nya. tapi, mungkin juga dia faham bahawa saya dalam keadaan dimana fikiran saya tak mampu memproses apa2. letih melampau. mungkin, beliau faham.
terlampau banyak mungkin dalam hidup ini.
pagi seterusnya, saya lapang sedikit. dua jam selepas subuh. kemudian perlu keluar, ada urusan. urusan yang sambung menyambung sehingga lewat malam. bilik sudah jadi seperti hotel. sekadar tempat penginapan.
malam itu pula, giliran para ahli bilik yang lain untuk menegur.
tika itu, kalau tak silap saya, jam sudah menginjak pukul satu. dua orang roomate masih belum di buai mimpi. mungkin menunggu saya.
mungkin lagi.
selesai mengurus diri, saya duduk bersama mereka. memenuhi hak.
'kawan saya cakap, dia hairan dengan awak. mula2 dia kenal awak dulu, awak selalu sakat dia. tapi sekarang, dia cakap awak tak banyak cakap.'
'biasalah tu, penat...'
'jom esok kita dinner sama2?'
'kalau orang tu sibuk, berdua je lah ye.'
saya sekadar menjadi telinga. saya tau mereka bukan berniat mahu memerli. tapi tika itu, saya rasa kepedasan yang teramat.
rupanya, semua disekeliling saya sudah sedar. tinggal saya seorang.
*********************
saya mahu bagi satu perumpamaan.
kasut. di dunia ni, ada bermacam jenis kasut. kasut sukan, kasut kasual, kasut jalan. dan setiap kasut yang dicipta itu, ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.
kasut kasual contohnya. kasut tersebut tidak sesuai untuk dibawa bersukan, kerana kelebihannya bukan disitu. tapi, ini tidak bermakna ia tidak boleh dibawa bersukan. boleh, cuma jangka hayat nya tidak akan lama.
walaubagaimanapun, andai kita menggunakan kasut sukan untuk bersukan, ini tidak bermakna bahawa kasut tersebut tahan untuk selama2nya.
akan tiba masa, dimana tapak nya mula haus. kainnya mula koyak. span nya mula mampat.
dan bila masa itu tiba, kebiasaannya kasut tersebut akan dibuang.
namun, bagi seorang pencinta kasut, dia akan cuba membaikinya. menampal tapak yang baru. menjahit bahagian2 yang koyak. mengganti span yang baru. dan sebagainya.
andai pencinta kasut itu mahir dalam membaiki kasut, kasut yang dahulunya sudah buruk dan lusuh, akan bertukar menjadi sepasang kasut baru.
kalau pencinta kasut itu tidak pandai membaiki kasut? maka sudah pastilah dia akan mencari seseorang yang pandai.
begitulah juga kita di atas jalan ini. diri kita umpama kasut. ada yang berkebolehan untuk membuat ini, ada pula yang berkebolehan dalam bidang itu.
andai kita berada di 'bahagian' yang tidak sesuai dengan diri kita, kita mudah haus.
tapi tak mengapa. jangan jadikan ini sebagai asbab untuk terus berhenti. seorang yang sangat mencintai medan ini tidak akan terus biarkan dirinya dalam kehausan, kelusuhan. dia akan berusaha untuk membaik pulih diri semula. dan kemudian, teruskan berjuang.
jangan biarkan diri kita terus berlari tanpa sebarang re-charge. re-charge lah, walau sedikit. takut nanti, pengakhiran kita adalah seperti sepasang kasut buruk yang terbiar, menanti masa untuk diposkan ke pusat pelupusan sampah.
sampah.
tapi buih lagi hina dari sampah...
* pos ini adalah untuk dia. dia yang sedang keletihan. jangan biarkan diri terus dalam keletihan. kerana hasil kerja daripada pakcik letih sangat jarang memuaskan apatah lagi berkualiti.
salam sayang. ^^
S.U.
