bila tiada dorongan, beginilah ia. -,-
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
![]() |
| [kredit] |
syawal. hari raya. hari yang penuh gembira. bukanlah tentang kemenangan kita menghadapi sebulan sebelumnya yang mahu diceritakan. bukan juga tentang kekalahan kita menghadapi kepulangan ramadhan. bukan, bukan. cuma sekeping mutiara yang di kutip selama beberapa hari setelah syawal menjelang.
petang itu, petang raya kedua. setelah semua ahli keluarga besar selamat pulang ke teratak atuk dan nenek, kami semua berpakat untuk menziarah besan-besan atuk dan nenek. tika itu, kami sedang bersiap. di kalangan kami pula, ada seorang makcik yang pantang melihat anak-anak muda berpakaian tidak kemas, meski seluar yang sedikit panjang, atau tudung yang sedikit terkedepan. maka dia menegur anak buahnya.
'Ali, meh sini makcik nak tengok seluar kau. cuba kau pusing sini.'
*Ali pusing
'tu kenapa koyak dekat hujung kaki tu?'
'memang waktu beli macam tu..'
'kau sengaja nak beli seluar koyak ke?'
'tak lah..'
dan Ali berlalu pergi.
'dah dia beli seluar bundle, macam tu laa..' ibu Ali pula menyahut.
Maka terdiam semuanya yang berada di situ.
Iya, itu seluar 'raya' nya. dan iya, dia membelinya sendiri, second hand, di kedai bundle.
Sedangkan ada juga di antara kami, yang seluarnya berharga lebih seratus ringgit, yang di beli dari butik seluar jeans di shopping mall ternama.
Dan dua-duanya adalah darah daging kami.
Ali, seorang yang saya sangat respect. Meski penampilannya sedikit 'serabai', dalamannya bukanlah begitu. Dia bisa menguruskan dirinya sendiri. Buktinya? Tatkala rakan-rakannya bahagia menghabiskan waktu cuti tiga bulan dengan menternak lemak di rumah, dia gigih bekerja di kota, beratus-ratus kilometer dari rumahnya. Dan dia tidak pula menginform saudara maranya yang turut tinggal di kota itu, bimbang di-simpati-kan.
Ali, yang dahulunya kami bersama berkejaran, memanjat pokok, menakut-nakutkan ayam atuk, kini dia melakukan sesuatu yang saya tidak boleh bayangkan saya lakukan.
Allah campakkan kami pada titik permulaan yang sama, namun pengakhirannya, tidak kami ketahui.
Sudah melalut. Main point di sini adalah, beringat-ingatlah dengan orang disekeliling kita. Mungkin kita sedang bahagia, tetapi bagaimana pula mereka?
sepertimana kita mengingati bumi Palestine yang di hujani bom sedang anak-anak muda kita galak bermain mercun, begitu jugalah kita seharusnya mengingati mereka yang bahagia mendapat duit raya seringgit, sedang adik beradik kita tergelak hina pabila dihulur dua ringgit.
Salam lebaran.
Moga masih ada taqwa dalam diri kita.
S.U.
