![]() |
| [kredit] |
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
saya mahu membuka suatu rahsia yang mungkin akan membuat para ikhwah akhawat bersiap sedia dengan parang yang sudah siap ditajamkan. iaitu, masih ramai para ikhwah akhawat yang menipu. yes, menipu.
kerana saya juga seorang akhawat. yang mengenali ramai akhawat dan juga ikhwah yang lainnya. dan ramai dikalangan kami mempunyai masalah yang sama. kami sangat2 suka menipu.
sila terperanjat.
jika ditanyakan pada ikhwah atau akhawat, siapakah yang paling kamu cintai didunia ini? sudah pastilah jawapan yang diterima adalah sang pembawa berita gembira, Rasulullah S.A.W.
jika ditanyakan pada ikhwah atau akhawat, cinta siapa yang paling kamu rindui? maka jawapan yang diterima sudah pastilah Dia yang menciptakan perasaan cinta dan rindu itu sendiri, Allah S.W.T.
jika ditanyakan pada ikhwah atau akhawat lagi, adakah benar bahawa Al-Quran itu adalah surat cinta agung dari Yang Maha Esa? maka jawapannya adalah, of kozes la! surat cinta yang sangat tak ternilai!
jika ditanyakan pula pada ikhwah atau akhawat, adakah benar kamu ini berjihad fisabilillah? maka akan dijawab, itulah yang sedang diusahakan. siap esak tangisan lagi.
cuba pula kalian tanyakan, adakah kamu ini seorang ikhwah/akhawat yang penipu? sudah pasti anda dilempang. heheh.
ohoi. kak, bang, andai jawapan kalian sama seperti diatas, minta diguling2kan perkataan penipu itu di minda masing2. dan minta muhasabah semula.
kerana sering kali kita 'cakap tak serupa bikin'.
kata cinta pada Rasulullah S.A.W. tapi, maksiat keliling pinggang. bila nampak seseorang yang mengutip batu di tengah laluan, dalam hati kita hina. sunnah pun lah hai, yang diikuti boleh dikira pakai jari. dan lagi menyedihkan, sebanyak mana perjuangan Baginda yang disambung? cinta? heh.
kata rindu pada cinta hakiki. namun, sebanyak mana amar makruf nahi mungkar yang dilakukan? pagi tadi bangun qiam tak kak? subuh dimasjid tak tadi bang? ke tak bangun langsung subuh? solat terjaga? masa terluang diisi dengan apa? rindu? tapi masih lagi berlengah? pffttt.
kata Al-Quran itu surat cinta istimewa. masakan surah yang sama sahaja diulang tiap kali solat? ayat2 lazim pun masih belum tersemat diingatan. bila seharian tak menatap Quran langsung, tak rasa apa pun. bahagia bila lihat Quran dibaluti habuk, bertahun tak sentuh2. atau mungkin disentuh setiap hari, tapi tak pernah dibaca. atau mungkin dibaca, tapi tak pernah berusaha untuk menghafalnya. atau mungkin juga sudah hafal kesemuanya, tapi tak pernah diulang. atau mungkin diulang, tapi hanya juz 30 sahaja. benarkah kamu menganggap Al-Quran itu surat cinta Allah?
kata berjihad. tapi, pagi siang malam duk berangan tak henti. nak tawan negara itu, nak tawan negara ini. tapi diri sendiri masih terhuyung-hayang. keluarga lintang-pukang. islam masih asing dikalangan masyarakat. jihad. adakah kamu benar2 faham akan maksud perkataan itu?
tabur serbuk cili dimata.
saya sudah penat.
penat menipu. dan ditipu.
wahai kalian. wahai ikhwah. wahai akhawat. wahai insan yang saya sangat kasihi keranaNya. anda ini, penipu ke?
-> salam sayyidul ayyam. selamat memenifestasikan cinta kalian. jika kalian benar2 cinta.
-> tulisan ini adalah khas untuk tampar mereka2 yang tidak sedar bahawa mereka sedang menipu. kerana saya baru sahaja ditampar. mestilah nak tampar yang lain jugak. :)
-> ayat2 masih lagi lintang pukang. maaf. masih berusaha untuk memperbaiki.
-> tembakkan doa buat saudara2 di mesir.
signing off,
S.U.

No comments:
Post a Comment