Tuesday, 7 October 2014

MEREKA PERLUKAN KITA!

innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
al-fatihah untuk blog yang kian mati ini.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



[kredit]


Hari itu, hari sabtu. Entah kegilaan apa yang manusia itu fikirkan, dia membawa diri merayau di tengah-tengah kota. Di belakangnya, dia menggalas seketul beg, dan ditangan kanannya pula, juga ada seketul beg yang lain; kedua-duanya sederhana besar. Ketika itu, dia baru sahaja tiba di sebuah stesen lrt, dan tanpa berfikir, kakinya bergerak mengikut aliran arus perdana.


Baru sahaja manusia itu mahu menjejakkan kakinya ke anak tangga pertama, beg galasnya disambar dari belakang. ahh, sudahh... dengan hanya bermonolog dalaman, manusia itu kaku, tidak bergerak.

'Kau dah kenapa tak jerit minta tolong?! haishh!'

Suara itu, seakan manusia itu kenal. Namun belum sempat dia menolehkan pandangan ke arah suara itu, pemilik suara itu sudah berlari, mengejar si penyambar beg. Dan dia pula masih di situ, berdiri kaku, memikirkan sama ada ini adalah mimpi atau tidak. Dia kenal suara itu, tapi tak mungkin!

'nah, beg kau. Nasib baik budak tu terjatuh turun tangga tadi. Kalau tak, lenyap dah beg kau ni.'

Iya, Ajoi. Dasar budak tak reti nak berubah, tak pernah nak sapa orang elok-elok, mesti kena sergah juga.

'Thanks weh. Sorry lah susahkan kau.'

'Kau dah kenapa?'

Senyum kekok. Geleng.

Jeda menyapa. Awkward.

Mana taknya, bukannya mereka tak rasa bahang pandangan orang sekeliling. Yang seorang bertudung 60', yang seorang lagi berseluar three quarters. Itu belum cerita lagi gaya baju dan topi mamat tu. Ah, persetankan fikiran orang. Takkan nak kena buat announcement bagitau Ajoi jadi hero?

'Jom lah pergi mana-mana, kita borak.'

Manusia itu, mengikut sahaja langkahan Ajoi. Dia tahu, dia perlu tamatkan perjumpaan yang tak disangka itu dengan baik. Dia perlu tinggalkan sesuatu, untuk Ajoi. Dia tak boleh lenyap begitu sahaja sekali lagi. Tak boleh.

'Duduk lah. Ke kau nak borak sambil berdiri?'

Kena sergah lagi sekali. Padan muka, siapa suruh mengelamun.

'Kau nak apa? Aku belanja.'

'Takpe, aku puasa.'

Ajoi angguk, lalu memesan air untuk dirinya sahaja.

'Kau buat apa dekat sini?' Manusia itu memulakan perbualan.

'Aku kerja sini. Kalu siang, dekat kedai seberang tu.'

'Kalau siang? Habis kalau malam?'

'Aku tak payah cerita kot.' sengih.

'Kau tak sambung belajar ke?'

'Aku ada spm, cukuplah untuk aku cari makan.'

'Benda-benda dulu tu, kau tinggal tak?' Teragak-agak manusia itu bertanya.

'Kau jangan bajet ustazah weh.'

'Aku tanya sebagai kawan lama.'

Nafas berat dihela. 'Kan aku pulangkan balik beg kau. Maksudnya tak lah.'

Manusia itu senyum. Lega.

Ajoi mula bermain dengan straw minumannya. Sedang manusia itu pula ambil peluang sapaan jeda untuk menaip sesuatu didalam telefonnya. Setelah selesai, dia memerhatikan gelagat Ajoi. Sekejap angkat wajah, memandang manusia itu. Sekejap yang lain, dia menundukkan semula kepalanya. Dan sambung bermain straw.


Ajoi, masih tak berubah.


'Kau nak cakap apa?'

Ajoi tersentak. Senyum kambing, garu kepala.

'Dulu, waktu kau call aku bagitau kau nak tinggalkan semua-semua benda, kau nak berubah apa semua, aku ingatkan kau main-main.'

'Sebab?'

'Macam kau pernah cakap, benda yang dah sebati dengan diri kau, susah nak buang. Walaupun kau nampak tough, aku tak expect kau kuat untuk tinggalkan for real.'

'Aku tak pernah cakap senang.'

'Tapi kau tak cakap susah jugak.'

'Aku tak pernah cakap apa-apa.'

Ajoi mengeluh perlahan.

Manusia itu tahu Ajoi mahu bertanya sesuatu. Tapi dia tak pasti apa. Connection yang mereka pernah ada suatu ketika dulu, sudah hilang. Hilang ditelan masa. Ah, pedulikan. Kalau dia nak tanya, dia tanya. Kalau tak, lantak.

'Kau, macam mana kau....?' Soalannya mati disitu. Dia tahu, manusia itu faham.

'Sebab aku nak. Kau ingat tak waktu kecik-kecik dulu, waktu kita selalu lari dari kelas sebab nak makan? Kita nak sangat makan, sampai tak kesah nanti kena marah.'

'Kau nak cakap apa sebenarnya?'

'Ibaratnya macam tu lah. Kalau kau betul nak, kau akan hiraukan segala sakit tak sakit. Simply sebab kau nak.'

Ajoi berfikir seketika. 'Aku nak kaya.'

'Kenapa?'

'Sebab aku nak bahagia.'

'Sekarang tak bahagia?'

'Kau familiar kan dengan kehidupan aku ni?'

'Kau jamin kau boleh bahagia kalau kau kaya?'

'Kau kenapa?'

'Bahagia tak datang dengan duit weh.'

'Apa argument kau?'

'Kalau kau sedih, benda pertama kau cari apa?'

'Member.'

'Kau kena bayar tak kalau nak jumpa member?'

'Mesti lah tak!'

'Kalau kau stress, kau cari apa?'

'Aku pergi padang, tengok orang main bola.'

'Tak guna duit jugak kan?'

'Tak.'

'Tu argument aku.'

'Kau ni, dah pakai tudung besar pun, still nak menang kan?'

'Aku ada argument, bukannya tak berasas.'

'Apa-apa lah..'

'Kau bukan nak kaya. Kau nak bahagia.'

Ajoi tersenyum seketika.

'Sekarang kitorang dah takda kaunselor.'

'Tapi sekarang korang semua masih lagi hidup. Kira judgement korang tu not bad la..'


Ajoi gelak, kuat. Dan mata-mata mula memandang.

'Aku rindu kau, weh.'

Dan dengan frasa yang diucapkan Ajoi itu, manusia itu tahu, kerjanya sudah selesai. Dia sudah boleh teruskan perjalanannya.

Di akhir pertemuan itu, Ajoi memesan, 'Kau dah macam ni, kau jangan pulak lupa asal usul kau. Kau dulu macam kitorang jugak.'

'Aku tau joi, aku tau.' Manusia itu senyum. Perasaan mahu menepuk bahu Ajoi ditolak jauh-jauh.

'Weh, kau sekarang....... bahagia, kan?'

Manusia itu terus tersenyum dan melangkah pergi, membiarkan soalan itu tidak terjawab. Dia sambung membawa diri ke destinasi yang lain. Siapa sangka, dada yang sesak menjadi sedikit lapang dek kerana pertemuan tak dijangka itu. Siapa sangka, dalam ramai-ramai manusia disekelilingnya, Allah pilih Ajoi, seorang yang jika sekali pandang kelihatan seakan mat rempit, untuk melegakan sedikit sakit di hatinya.


Aku harap, kau faham Ajoi.

Aku harap, next time aku datang, aku tak jumpa kau, tapi Ajoi yang baru.

Aku akan doakan kau. Dan kawan-kawan kita dulu.


Paling aku harap, korang semua dapat tunggu aku. Tunggu aku jadi betul-betul kuat, sebelum aku kembali bersama korang. Supaya aku dapat selamatkan korang.

Sebab, walau apa pun, aku masih lagi sayangkan korang.





*******************************



kebanyakan orang, bila melihat orang-orang muda sekarang, mereka akan menggelengkan kepala, seakan-akan tiada harapan pada mereka.

kebanyakan orang, bila terserempak dengan mereka-mereka yang berpakaian 'rugged', mereka akan mengangkat seribu langkah.

kebanyak orang, bila mata mereka menatap golongan ini, mereka mudah membuat konklusi bahawa golongan ini adalah golongan yang masa depannya pasti sekitar 'jenayah'.

tapi, kebanyakan orang tidak tahu, pandangan-pandangan yang sebegitulah yang lebih mematikan golongan-golongan ini.

Saya jadi amat marah, bila melihat budak-budak usrah, geng-geng tabligh, sek-sek talaqqi, ahli-ahli tamrin yang kuat mengelamun, tenggelam dengan 'kebaikan' yang mengelilingi mereka, rasa diri sudah cukup bagus. Sedang di luar sana, rakan-rakan saya sedikit demi sedikit menghampiri kematian jiwa.

Usah dipersoalkan mengapa mereka sendiri tidak tarik diri keluar dari kelumat dosa dan cari bantuan. Usah dipersoalkan. Kerana jika kamu pernah berada di tempat mereka, pasti kamu akan faham. Dan jika benar kamu mahukan kebaikan untuk umat ini, pasti kamu tidak akan mempersoal, tapi kamu akan bergerak.

Sedarlah! Apa guna kamu berada di dalam kebaikan jika kamu tidak menyebarkan kebaikan?! Kamu menggeleng laju melihat keadaan anak-anak muda kita, tapi apa yang kamu buat untuk memperbaik pulih mereka?

Tak perlu berbangga dengan diri kamu, jika kamu tidak pernah duduk semeja dengan golongan-golongan ini, jika kamu tidak pernah cuba menyelami hati mereka!

Maaf, tapi saya perlu katakan seperkara ini. Dada saya sudah sesak, melihat budak-budak 'baik' yang berlagak dan terpukau dengan dunia mereka sendiri.

There's a whole lot more than you in this world.

Keluar. Dan lihatlah dunia ini.

Kemudian lihat diri kamu pula.

Dan tanya pada diri, apa yang kamu telah buat untuk menyelamatkan mereka?










Innalillah.

Al-fatihah buat da'ie-da'ie yang kian mati fungsi nya.






Wednesday, 30 July 2014

IBRAH SYAWAL

ok, epik fail sangaatt blog ni.
bila tiada dorongan, beginilah ia. -,-

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[kredit]


syawal. hari raya. hari yang penuh gembira. bukanlah tentang kemenangan kita menghadapi sebulan sebelumnya yang mahu diceritakan. bukan juga tentang kekalahan kita menghadapi kepulangan ramadhan. bukan, bukan. cuma sekeping mutiara yang di kutip selama beberapa hari setelah syawal menjelang.

petang itu, petang raya kedua. setelah semua ahli keluarga besar selamat pulang ke teratak atuk dan nenek, kami semua berpakat untuk menziarah besan-besan atuk dan nenek. tika itu, kami sedang bersiap. di kalangan kami pula, ada seorang makcik yang pantang melihat anak-anak muda berpakaian tidak kemas, meski seluar yang sedikit panjang, atau tudung yang sedikit terkedepan. maka dia menegur anak buahnya.

'Ali, meh sini makcik nak tengok seluar kau. cuba kau pusing sini.'

*Ali pusing

'tu kenapa koyak dekat hujung kaki tu?'

'memang waktu beli macam tu..'

'kau sengaja nak beli seluar koyak ke?'

'tak lah..'

dan Ali berlalu pergi.

'dah dia beli seluar bundle, macam tu laa..' ibu Ali pula menyahut.

Maka terdiam semuanya yang berada di situ.

Iya, itu seluar 'raya' nya. dan iya, dia membelinya sendiri, second hand, di kedai bundle.

Sedangkan ada juga di antara kami, yang seluarnya berharga lebih seratus ringgit, yang di beli dari butik seluar jeans di shopping mall ternama.

Dan dua-duanya adalah darah daging kami.

Ali, seorang yang saya sangat respect. Meski penampilannya sedikit 'serabai', dalamannya bukanlah begitu. Dia bisa menguruskan dirinya sendiri. Buktinya? Tatkala rakan-rakannya bahagia menghabiskan waktu cuti tiga bulan dengan menternak lemak di rumah, dia gigih bekerja di kota, beratus-ratus kilometer dari rumahnya. Dan dia tidak pula menginform saudara maranya yang turut tinggal di kota itu, bimbang di-simpati-kan.

Ali, yang dahulunya kami bersama berkejaran, memanjat pokok, menakut-nakutkan ayam atuk, kini dia melakukan sesuatu yang saya tidak boleh bayangkan saya lakukan.

Allah campakkan kami pada titik permulaan yang sama, namun pengakhirannya, tidak kami ketahui.

Sudah melalut. Main point di sini adalah, beringat-ingatlah dengan orang disekeliling kita. Mungkin kita sedang bahagia, tetapi bagaimana pula mereka?

sepertimana kita mengingati bumi Palestine yang di hujani bom sedang anak-anak muda kita galak bermain mercun, begitu jugalah kita seharusnya mengingati mereka yang bahagia mendapat duit raya seringgit, sedang adik beradik kita tergelak hina pabila dihulur dua ringgit.




Salam lebaran.
Moga masih ada taqwa dalam diri kita.

S.U.

Tuesday, 8 July 2014

KITA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[kredit]

3.30 pm. Cuaca panas. Terik. Kelas Bedah buat hari tersebut baru sahaja selesai. Dia keluar berpusu-pusu bersama classmates nya yang lain, menuju ke tangga besar di entrance utama fakulti. Pakcik bas, datanglah cepat. Janji dengan Principal pukul 4 nii. 5 minit berlalu. 10 minit. 15 minit. Tak boleh jadi, kena jalan ni.

Biar darah jadi baja;
Biar tulangku menjadi tonggaknya;
Islam tetap di puncak,
Biar imanku terus melonjak.


"I think once a month is enough."
"Dr., when you interviewed us, you asked, how do we plan to make this hostel a better place. Do you remember what we replied?"
"You guys jawab ke soalan Dr. dulu?"
"Exactly. We didn't, not specifically.You answered it yourself. With tarbiyah,you said. This is why I'm proposing a once in a fortnight programme."
"Sambutan? Mana ada students yang nak datang program macam ni."
"We've planned in making some changes in conduction Dr., do give it a chance."
"You have two months. If I don't see any changes, I'm cutting it down to once a month."

Aku tegar;
Aku rela;

Sekalipun aku dihenyak. 

"Ma'am, great news. Kita dapat as proposed!"
Bedah redah pintu masuk bilik meeting tanpa sebarang warning. Dah lah datang lambat, buat scene pulak. Ikut suka lah, baru lepas deal dengan Principal kot.
"Alhamdulillah. Mai sini tolong buat proposal."
"Nak sumbang tema, Rebirth of Syabab."
"Pergh, mana dapat?"
"Langit."

Ma'am besar tersenyum. Diam. Jeda menyapa. Perlahan-lahan dia menjeling Bedah yang masih berpakaian dengan pakaian kuliah. Mukanya sudah mula berminyak. Jubahnya sedikit berkedut. Tudungnya sudah kelihatan sedikit serabut. Matanya melirik pula ke beberapa buah buku berhampiran dengan laptopnya. Tangan kanan Bedah masih di atas timbunan buku itu. Nafas dilepaskan perlahan. Gigih betul budak ni, tak nampak penat pun.

Burung-burung hijau terbang,
Ruh ku tenang melayang,
Syurga firdausi menunggu ku datang;
Bidadari pun tersenyum,
Merindu cumbu harum,
Di saat cinta mekarku bercantum.

"Nak buat sampai siap ke macam mana?"

Boleh tanya pulak Bedah ni. Selalunya tautau sendiri. Oh, lupa, hari khamis.

"Ada iftor?"

Sengih.

"Dekat mana?"
"Tempat biasa. Masjid."
"Dengan?"
"As per normal. Budak-budak tu jugak."
"Pergi lah. Dah nak maghrib ni. Dah habis nanti datang sini balik. Aku tak gerak mana-mana."
"Taknak ikut?"
"Takpe, aku tak puasa."

Bedah mula melangkah pergi.

"Weh."

Bedah paling. Tombol sudah dipulas.

"Datang sejam lepas Isya' lah. Balik, mandi, rehat sekejap. Aku rasa tengah malam baru habis ni."

Bedah senyum. "Aku tak penat lagi." Dan dia beredar.

Datang datanglah wahai syahid ,
Dambaan mujahid;
Aku relakan sakit yang sedikit,
  
Derita hanya sementara;
Biar aku nestapa,
Demi bahagia untuk selamanya


*************************************


Last update 13 October, tahun lepas. Hampir setahun yang lalu. Epik fail betul.
Salah satu azam Ramadhan tahun ini adalah untuk menghidupkan blog ini semula. Semoga berjaya lah kau, bedaah.

Beberapa hari lepas, terdengar putaran lagu Bintang Syurga nyanyian UNIC dan Raqib Majid. Maka terinspirasi. I know, its quite lame. But give it chance, benarkan saya mengasah semula jari jemari yang berkarat ini.

Motif? Entah. Fikirkan.

Teringat kata-kata murobbiyah squared (murobbiyah kepada murobbiyah) saya ketika satu sesi tausiah one-to-one tidak lama dahulu: "memang banyak yang kita perlu korbankan; masa, harta, perasaan, and at one point, nyawa. Kalau tidak, tiadalah kita di jalan ini."



** Iya, saya sedikit nakal sehingga murobbiyah squared perlu menasihati saya. Oh well, saya bersyukur saya sedikit nakal. If not, tak dapat lah dengar kalam mutiara beliau yang sangat membekas.

Ramadhan kareem. Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.






Salam Ramadhan,

S.U.

Sunday, 13 October 2013

HAUS. KERING.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



[kredit]



Belog ini kian nazak. bukan kerana sengaja ditinggalkan. tapi keadaan yang tidak mengizinkan.

tapi, boleh jadi saya pun seperti belog ini. turut sama nazak. entah kenapa.

terngiang2 ucapanku buat sahabat beberapa hari lepas.

'mana mungkin untuk kita rasa nikmat perasaan seorang mukmin itu, andai kehidupan seharian kita sangat jauh beza dengan kehidupan seorang mukmin.'

lebih kurang begitulah.
terlampau mudah untuk mulut berbicara kan?

saya ini, di golongan mukmin kah?
kalian yang membaca, kalian rasa, kalian sudah layak digelar mukmin kah?

Allahu...

minggu lepas, si naqibah datang menjenguk. bukan saya tak gembira akan pertemuan yang sekejap cuma itu, tapi mungkin timing nya sedikit salah. kerana waktu itu, saya kepenatan yang teramat.

perbualan kita ringkas sahaja. malah tiada bualan ringan. terus straight to the point. barangkali beliau faham.

'semua benda ada limit. semuanya kecuali Allah.'

sungguh cliche. tapi benar. mungkin kerana kebenaran itulah yang membuatnya bersifat cliche. mungkin.

'kadang2, semangat dakwah kita terlampau tinggi sehingga kita lupa untuk berehat.'

'rehat kita kan disyurga.'

'tapi, jangan sampai kepenatan awak berlari laju menjadi asbab kepada kefuturan. jadi seorang pelari marathon, bukan pelari pecut.'

lama saya tenung beliau.
tapi renungan tajam dibalas dengan senyuman dan usapan lembut di lengan. kemudian disusuli dengan salam.

saya yakin beliau tahu, tika itu, saya enggan mengambil masuk kata2nya. tapi, mungkin juga dia faham bahawa saya dalam keadaan dimana fikiran saya tak mampu memproses apa2. letih melampau. mungkin, beliau faham.

terlampau banyak mungkin dalam hidup ini.

pagi seterusnya, saya lapang sedikit. dua jam selepas subuh. kemudian perlu keluar, ada urusan. urusan yang sambung menyambung sehingga lewat malam. bilik sudah jadi seperti hotel. sekadar tempat penginapan.

malam itu pula, giliran para ahli bilik yang lain untuk menegur.

tika itu, kalau tak silap saya, jam sudah menginjak pukul satu. dua orang roomate masih belum di buai mimpi. mungkin menunggu saya.

mungkin lagi.

selesai mengurus diri, saya duduk bersama mereka. memenuhi hak.

'kawan saya cakap, dia hairan dengan awak. mula2 dia kenal awak dulu, awak selalu sakat dia. tapi sekarang, dia cakap awak tak banyak cakap.'

'biasalah tu, penat...'

'jom esok kita dinner sama2?'

'kalau orang tu sibuk, berdua je lah ye.'

saya sekadar menjadi telinga. saya tau mereka bukan berniat mahu memerli. tapi tika itu, saya rasa kepedasan yang teramat.

rupanya, semua disekeliling saya sudah sedar. tinggal saya seorang.



*********************

saya mahu bagi satu perumpamaan.

kasut. di dunia ni, ada bermacam jenis kasut. kasut sukan, kasut kasual, kasut jalan. dan setiap kasut yang dicipta itu, ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.

kasut kasual contohnya. kasut tersebut tidak sesuai untuk dibawa bersukan, kerana kelebihannya bukan disitu. tapi, ini tidak bermakna ia tidak boleh dibawa bersukan. boleh, cuma jangka hayat nya tidak akan lama.

walaubagaimanapun, andai kita menggunakan kasut sukan untuk bersukan, ini tidak bermakna bahawa kasut tersebut tahan untuk selama2nya.

akan tiba masa, dimana tapak nya mula haus. kainnya mula koyak. span nya mula mampat.

dan bila masa itu tiba, kebiasaannya kasut tersebut akan dibuang.

namun, bagi seorang pencinta kasut, dia akan cuba membaikinya. menampal tapak yang baru. menjahit bahagian2 yang koyak. mengganti span yang baru. dan sebagainya.

andai pencinta kasut itu mahir dalam membaiki kasut, kasut yang dahulunya sudah buruk dan lusuh, akan bertukar menjadi sepasang kasut baru.

kalau pencinta kasut itu tidak pandai membaiki kasut? maka sudah pastilah dia akan mencari seseorang yang pandai.

begitulah juga kita di atas jalan ini. diri kita umpama kasut. ada yang berkebolehan untuk membuat ini, ada pula yang berkebolehan dalam bidang itu.

andai kita berada di 'bahagian' yang tidak sesuai dengan diri kita, kita mudah haus.

tapi tak mengapa. jangan jadikan ini sebagai asbab untuk terus berhenti. seorang yang sangat mencintai medan ini tidak akan terus biarkan dirinya dalam kehausan, kelusuhan. dia akan berusaha untuk membaik pulih diri semula. dan kemudian, teruskan berjuang.

jangan biarkan diri kita terus berlari tanpa sebarang re-charge. re-charge lah, walau sedikit. takut nanti, pengakhiran kita adalah seperti sepasang kasut buruk yang terbiar, menanti masa untuk diposkan ke pusat pelupusan sampah.

sampah.
tapi buih lagi hina dari sampah...



* pos ini adalah untuk dia. dia yang sedang keletihan. jangan biarkan diri terus dalam keletihan. kerana hasil kerja daripada pakcik letih sangat jarang memuaskan apatah lagi berkualiti.



salam sayang. ^^

S.U.

Friday, 23 August 2013

IKHWAH AKHAWAT YANG PENIPU. ERK!


[kredit]

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


saya mahu membuka suatu rahsia yang mungkin akan membuat para ikhwah akhawat bersiap sedia dengan parang yang sudah siap ditajamkan. iaitu, masih ramai para ikhwah akhawat yang menipu. yes, menipu.

kerana saya juga seorang akhawat. yang mengenali ramai akhawat dan juga ikhwah yang lainnya. dan ramai dikalangan kami mempunyai masalah yang sama. kami sangat2 suka menipu.

sila terperanjat.

jika ditanyakan pada ikhwah atau akhawat, siapakah yang paling kamu cintai didunia ini? sudah pastilah jawapan yang diterima adalah sang pembawa berita gembira, Rasulullah S.A.W.

jika ditanyakan pada ikhwah atau akhawat, cinta siapa yang paling kamu rindui? maka jawapan yang diterima sudah pastilah Dia yang menciptakan perasaan cinta dan rindu itu sendiri, Allah S.W.T.

jika ditanyakan pada ikhwah atau akhawat lagi, adakah benar bahawa Al-Quran itu adalah surat cinta agung dari Yang Maha Esa? maka jawapannya adalah, of kozes la! surat cinta yang sangat tak ternilai!

jika ditanyakan pula pada ikhwah atau akhawat, adakah benar kamu ini berjihad fisabilillah? maka akan dijawab, itulah yang sedang diusahakan. siap esak tangisan lagi.

cuba pula kalian tanyakan, adakah kamu ini seorang ikhwah/akhawat yang penipu? sudah pasti anda dilempang. heheh.

ohoi. kak, bang, andai jawapan kalian sama seperti diatas, minta diguling2kan perkataan penipu itu di minda masing2. dan minta muhasabah semula.

kerana sering kali kita 'cakap tak serupa bikin'.

kata cinta pada Rasulullah S.A.W. tapi, maksiat keliling pinggang. bila nampak seseorang yang mengutip batu di tengah laluan, dalam hati kita hina.  sunnah pun lah hai, yang diikuti boleh dikira pakai jari. dan lagi menyedihkan, sebanyak mana perjuangan Baginda yang disambung? cinta? heh.

kata rindu pada cinta hakiki. namun, sebanyak mana amar makruf nahi mungkar yang dilakukan? pagi tadi bangun qiam tak kak? subuh dimasjid tak tadi bang? ke tak bangun langsung subuh? solat terjaga? masa terluang diisi dengan apa? rindu? tapi masih lagi berlengah? pffttt.

kata Al-Quran itu surat cinta istimewa. masakan surah yang sama sahaja diulang tiap kali solat? ayat2 lazim pun masih belum tersemat diingatan. bila seharian tak menatap Quran langsung, tak rasa apa pun. bahagia bila lihat Quran dibaluti habuk, bertahun tak sentuh2. atau mungkin disentuh setiap hari, tapi tak pernah dibaca. atau mungkin dibaca, tapi tak pernah berusaha untuk menghafalnya. atau mungkin juga sudah hafal kesemuanya, tapi tak pernah diulang. atau mungkin diulang, tapi hanya juz 30 sahaja. benarkah kamu menganggap Al-Quran itu surat cinta Allah?

kata berjihad. tapi, pagi siang malam duk berangan tak henti. nak tawan negara itu, nak tawan negara ini. tapi diri sendiri masih terhuyung-hayang. keluarga lintang-pukang. islam masih asing dikalangan masyarakat. jihad. adakah kamu benar2 faham akan maksud perkataan itu?

tabur serbuk cili dimata.

saya sudah penat.
penat menipu. dan ditipu.

wahai kalian. wahai ikhwah. wahai akhawat. wahai insan yang saya sangat kasihi keranaNya. anda ini, penipu ke?


-> salam sayyidul ayyam. selamat memenifestasikan cinta kalian. jika kalian benar2 cinta.

-> tulisan ini adalah khas untuk tampar mereka2 yang tidak sedar bahawa mereka sedang menipu. kerana saya baru sahaja ditampar. mestilah nak tampar yang lain jugak. :)


-> ayat2 masih lagi lintang pukang. maaf. masih berusaha untuk memperbaiki.

-> tembakkan doa buat saudara2 di mesir.




signing off,

S.U.

Tuesday, 13 August 2013

BETUL KE MENANG?

ambil mood sambil mendengar McFly meracau to the highest pitching.

eh tak, bacaan surah at-taubah oleh sheikh al-ghamidi. errr... buat main pulak kau eh. -,-

maaf.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh





[kredit]


sudah lama bercuti dari menaip. kini terpanggil ke blog nazak ini semula, thanks to murobbiyah. berikan tepukan sikit untuk beliau. heheh. semoga Allah melimpahkan ganjaranNya ke atas mu.

disini saya ada dua berita untuk dikongsikan. satu berita yang sangat2 sedih, satu lagi berita yang sangat gembira. tapi dicelah kegembiraan itu, mungkin akan ada sedikit kesedihan.heheh.mungkin ada yang sudah tau. tapi, mungkin juga ada yang terleka seketika. jadi mahulah saya mengambil kesempatan ini untuk menjentik mereka itu.

saya mulakan dengan berita sedih dahulu. berita ini sangat2 menyayat hati. maka kalian digalakkan untuk bangun dan pergi ambil baldi untuk menadah airmata kalian. seriyess.

bismillah.

...inchik ramadhan yang sangat2 hensem itu dah tinggalkan kita. huwaaaaaaaaa..! :'(

mungkin ada yang tak perasan, inchik ramadhan sudah pun meninggalkan kita. atau mungkin aja saya yang meninggalkan ia. lembab sangat nak mengejar inchik ramadhan yang berlari sangat laju. masih terkedek2 seperti budak kecik baru belajar jalan, mengharapkan ibunya tidak meninggalkannya. perbezaannya, saya tak layak digelar budak baru belajar. maka itu tidak dapat dibuat sebagai alasan. in fact, sepatutnya tak perlukan alasan pun. heh.

sob sob.

jika dalam bulan ramadhan yang lepas pun, saiz amal ibadah masih seperti debu, bagaimana agaknya mahu menempuh bulan2 yang lain. yang memerlukan mujahadah yang lebih tinggi? T_T

dan paling merobek jiwa raga, kita tak tahu samada kita diberi kesempatan untuk bersalaman, berpeluk2an dan berdamping dengan inchik ramadhan lagi. maka disini sangat2lah perlu untuk kita muhasabah semula, dan bertanya pada diri sendiri, 'andai ramadhan itu adalah ramadhan yang terakhir, tidakkah kau merasa rugi?'

lompat atas katil, tekup muka atas bantal dan nangis puas2.

ok, baiklah. berita gembira pula.

setelah sebulan kita berhempas pulas menahan diri dari makan, minum, mengumpat, korek telinga, marah, mencaci maki, kentut dalam air dan segala yang lain, telah tiba masanya untuk kita meraikan kemenangan kita dalam berperang dengan hawa nafsu kita sendiri.

horayyyyyy!! lompat2 usik langit.

iya, itu lah dia aidilfitri. dimana seluruh umat islam dimuka bumi berlompat2 riang gumbira. diraikan kedatangannya dengan juadah2 yang bermacam, dan letupan2 mercun serta percikan bunga api. juga diraikan dengan segala yang baru; baju baru, seluar baru, kasut baru, karpet baru, langsir baru, zauj baru. eh. :P anak2 cucu pula berbondong2 pulang ke kampung halaman, teruja mahu meraikan kedatangan aidilfitri dengan keluarga tersayang.

semuanya happy2 blaka. maka, apa yang sedihnya?

kalian tau apa maksud aidilfitri? perkataan asalnya ialah eid al-fitri. dan jika kalian menggunakan google translate dan men-set-kan translation dari arabic ke malay, akan kalian dapati bahawa eid al-fitri membawa maksud perayaan semula jadi. dalam erti kata lain perayaan kefitrahan. *kantoi jadikan google translate sebagai rujukan kakkk oi.. heheh.

tapi, betul ke ni? ampun, saya tak ambil aliran arab. jika salah, mohon diperbetulkan.

aidilfitri. dimana kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan juga ke-pengambali-an kita kepada fitrah.

namun, mengapa kita bila pagi2 raya terus rembat semua yang ada di atas meja makan sehingga tak larat untuk menunaikan solat sunat hari raya?

mengapa kita bila posing2 nak ambil gambar, sangat rapat kita berdiri disebelah bukan muhrim, konon takut tak muat semua orang nak masuk gambar?

mengapa kita bila bersalam2an, main hentam salam semua tanpa berfikir halal haram? ke tiba2 semua jadi halal dan saya je yang tak tahu?

mengapa kita bila menziarah, sibuk memikirkan berapa duit raya yang tuan rumah akan berikan sedangkan menjamah makanan yang dihidangkan pun tidak?

mengapa kita bila solat, nak laju je nak habis, sebab banyak lagi rumah yang perlu diziarahi?

mengapa kita bila malam, syok sangat buat music dengkur tak ingat dunia hingga solat subuh kita terlebih layak untuk digelar subuh dainasor sedangkan ketika ramadhan, dua tiga jam sebelum subuh dah bangun untuk menghadap Tuhan?

mengapa kita bila berkumpul ramai2, memakan daging saudara sendiri itu terasa sangat2lah lazat. lidah langsung tak dijaga. potpetpotpet tak henti.

mengapa kita bila tiada rumah untuk diziarah, kita duduk tercongok depan tibi membuat marathon telemovie hari raya tanpa henti? sanggup dirosakkan mindanya?

mengapa kita bila hari jumaat, sebaris dari al-kahfi pun tidak terbaca? sibuk sangat beraya? nak Allah tarik nyawa bila kita tengah sibuk beraya ke bila kita tengah baca al-kahfi?

mengapa kita setelah berhempas pulas di bulan ramadhan, kemudian bila ia pergi, kita bergolek2 berenang2an dalam kolam jahiliyyah dengan hati yang senang?

mengapa?

maka dimanakah perginya kemenangan itu? kemana campaknya ke-fitrah-an tersebut?

wahai kalian, sedarlah. kita ini hamba Tuhan, bukan hamba Ramadhan. kita ni hamba Allah full time, bukan ketika bulan Ramadhan aja. skala amal itu berterusan bukan tika bulan yang mulia itu aja.

lupakah kalian bagaimana kita berlumba2 mahu mengkhatamkan quran, memaksa diri untuk bangun awal sebelum sahur supaya dapat qiam dulu, betapa sikitnya kita makan kerana ingin merasa kesusahan saudara2 kita, meninggalkan tilam yang empuk untuk beriktikaf di rumah Allah, menahan diri dari melakukan perkara2 yang tidak mendatangkan faedah.

lupakah kalian dengan ketenangan dan keindahan bila kita memilih untuk beriman lalu meningkatkan iman itu?

lupakah kalian?

tidak mahukah semua itu untuk berkekalan?

iya, aidilfitri perlu disambut dengan penuh kegembiraan. tapi bukan begini caranya!

sudah2 lah. bangunlah wahai hamba Allah. bangun dari mimpi-tak-indah-sangat ini.

andai kita masih begini, tidak tercapailah matlamat mengapa kita berpuasa. taqwa itu belum cukup tersemat didalam diri.

qum! fazkuru.



salam lebaran.
taqabbalallahu minna wa minkum. mohon ampun zahir dan batin.


ps: mengupdate blog selepas selesai subuh. salah satu cara untuk mengelak dari tertidur. nampaknya telah berjaya. ^^

pss: saudara2 kita di dataran raba'ah adawiyah sudah memulakan puasa 6. juga saudara2 islam lain di merata dunia. kamu sudah? ;)

psss: ini musim raya ke musim walimah? raaaammmmaaaiiii sangat2 kenalan yang sudah membina masjid. sama2 masuk sefes. sama2 grad. tapi tak sama2 menyalam tangan zauj. apakah ini?! heheh. ok, gedik. insyaAllah tidak berniat untuk berkahwin sebelum memegang title doktor. doktor of philosophy. muahaha.

pssss: ohoi, bertalu2 ditanya tentang gambar di post yang lepas. saya sangat tertanya2, mengapa anjing dan babi menjadi sesuatu yang sangat2 tidak boleh di malaysia ini. sedangkan ianya hanya tidak boleh untuk dimakan. jika saya ceritakan bahawa di UK ada beberapa masjid yang menerima kedatangan anjing, ada tak yang terjatuh rahang nya? 

psssss: ok, saya sangat suka nak mem-provok. kadang2 terasa sedikit jahat. err, maaf zahir batin?

pssssss: ini 'ps' yang ke-enam.

psssssss: ini pula yang terakhir. dah2, jom lipat kayin. ehh.




signing off,

S.U.