Sunday, 20 May 2012

CFS IIUM

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Malay again today guys. sorry :')


menjenguk kembali blog terchenta ini :) masuk post ni, da post KELIMA dalam SEBULAN. awal2 aritu azam dgn diri sendiri taknak taksub sgt dgn blog ni. da campak mane tah azam tu. huhu. ala, cuti sem kaaan, dari membazerkan masa membuat aktiviti tidak berfaedah, lebih baik ber-blogging. ada juga manfaatnya dak? insyaAllah ada. harap2 ada :)


sudah beberapa kali saya diminta oleh para2 bakal junior cfs iium untuk menceritakan pengalaman2 saya di centre tersebut. siap buat group lagi di facebook, khas untuk membincangkan perihal ini. haha. comel kan? duk kanak2 ribena ni excited wa teruja untuk jadi ahli cfs, teringat masa saya dulu. huuuuu~ para2 junior sekalian, inilah kesah saya. mari mengimbau kembali kenangan ^_^


awal2 saya pesan wahai para juniors, jgn la panggel saya kakak. apa maksud kakak? istilah bagi mereka yang lebih tua, bukan? jadi kalau macam tu, kamu semua lebih layak digelar kakak oleh saya ^_^ hampa lebih tua dari cheq la weii. hoho.
what?! ape?! haaaa?! kenapa?! macam mana?! lalala~ biarlah rahsia. huhu.


Senior tapi junior. tak payah la ber'akak'2 dgn saya. :)


kebanyakan soalan yang diajukan berkaitan dengan susah atau senang hidup bergelar student cfs iium. ini salah satu jawapan yang diberikan kepada seorang bakal junior, ataupun, bakal 'kakak' :P


susah tak. secara jujur nya saya cakap, takde la susah sangat, takde la senang sgt. ya, banyak pengorbanan yg perlu dilakukan termasuklah pengorbanan air mate tapi bukankah setiap yang baik itu akan diuji? studynye kene consistent. tak mcm spm, time fom 4 rilek2, fom 5 bru nak pulun. dye dri start dah kne score sbaik mungkin. sbb markah final hanyalah 50%. another 50% daripada kuiz2, tutorial2, lab report dan assignment. oh and, mid-sem exam. kuiz, tutorial dan lab report tu akan ada sepanjang semester. sbb tu la saya ckp kene perform dari awal :) and saya nak ingtkan awal2, kalau boleh jgn miss class, walaupun sakit. lawan jugak. sbb kalau miss satu class, memang susah nak cover balek. ade sesetengah lecturer yang prihatin, sanggup ulang balek ape yg diajar kpade kite, one-to-one. tapi ade yg tak sanggup, kne mintak classmates yg tolong ajarkan. tapi boleh je consult lecturer untuk mntak terangkan ape2 yg tak faham :)


ya, memang banyak air mata yang gugur. tapi bila jatuh, tak bermakna kita tak boleh berdiri semula. Innallaha ma'ana. Allah ada bersama kita. Ayat ini sering diucap untuk mengambil kembali kekuatan untuk terus berlari di medan perjuangan ini. tak lupa juga nasihat sahabat2 yang tak putus. teringat bila ada satu weekend tu, tak tido malam langsung. demi menyiapkan assignment.


dan saya juga pernah miss class. biology. masa ni cermin mata patah. tanpa cermin mata, saya mudah kena migraine. tambahan pula class pagi tu duduk dekat depan. lecturer gune projektor. memang kene penangan terus lah. huhu. habes je class tu terus serbu klinik, amek mc, then terperap kat bilik satu hari. tak dapat nak attend class malam biology. time tuh tengah topic cellular respiration. ya Allah ter-amatlah complicated. yang tak miss class pun fenin, ni kan yang miss. sampai sekarang masih tak paham topic tu. huhu. 
dan ade la lagi seribu satu kisah saya miss class secara tak sengaja. dan sengaja. hehek :P


aktif tak dalam non-academic activities? kalau aktif, busy tak? pointers tak jatuh merundum ke?
hoho. takde la aktif sgt. saya hanya rajin pergi program2 ilmiah seperti talk serta usrah. dan saya juga silent members of societies and clubs. join bukan main. tapi.... haha. insyaAllah, berazam ingin mengubah sikap next sem. nak mula bergerak aktif. membusykan diri.


tapi, ramai juga rakan2 yang aktif. mereka memegang jawatan didalam club serta society. masuk kelab debat; pertandingan sana, latihan sini. ada yang dapat cope, ada yang tak. ada yang still perform academically, ada yang tak. tapi bagi saya, niat itu penting. perbetulkan niat, insyaAllah, Allah tolong. jika kita membantu agama Allah, nescaya Allah akan bantu kita :) ikhlas kan hati, tetapkan niat bahawa segala yang dilakukan adalah untuk Allah semata-mata.


timetable macam mana? packed tak?
timetable tu yang berbentuk seperti chart yang kita isi dengan aktiviti2 kita. traslation bm nya, jadual. macam tu la timetable. hehek.


samada packed atau tidak, itu ikut berapa banyak subjek yang diambil dan total contact hours. sem lepas, saya amek 4 subjek, 21 contact hours. takde la packed sangat jadual.


Ini lah jadual saya. takde la packed sangat :)


tapi ini kalau dah exit english. contact hours for english banyak. classes everyday kalau tak silap. bayangkan kalau tambah english. extra two hours everyday. pancit la isnin and selasa. 


Next sem insyaAllah, akan ambil 5 subjek, total 25 contact hours dan 16 credit hours. 


InsyaAllah, ini jadual next sem. ade kelas mula pkul 8.
jumaat pulak pukul 5 baru habes. balik rumah lambat la macam ni... huuu~~

Okay, cuba bayangkan kalau orang yang jadual dye macam ni, kene amek English. Tiap2 hari semput. Selasa je agak 'lepak' sikit. so kalau boleh, hampa try la noh exitkan bi tu. :)


time first masuk dulu bawak ape?
tak bawak ape pun. ikut checklist yg diberi. alat2 tulis, alat2 mandi, alat2 tidor dan baju2. time tu tak banyak stock baju kurung dan jubah. semua skali dlam 5/6 pasang macam tu kot. jadi memang lenggang betul la. tapi over time, barang makin bertambah. kalau nak masuk dulu hanya dua kali trip turun naik nak angkut barang, time balik cuti sem baru-baru ni, adela dalam sepuluh kali juga. huhu. alhamdulillah la duduk kc, ade jugak lif. kalau tak, mau pengsan stengah jalan turun naik tangge. XD


saya nasihatkan, awal2 ni, tak perlu lah bawak banyak sangat barang. apa yang perlu sahaja. lagipun, nak ke kl tu dekat je. senang nak beli barang. night market pulak dekat sebelah kampus je. :)


boleh bawak pet tak? kucing?
uia pj adalah tempat pembiakan kucing wahai junior2 sekalian. trutamanya dekat mahallah. naik turun tangge mahallah ade je nak terpijak lepasan kucing2 comel. jadi rasanye, toksah la nak bawak kucing dari rumah, amik kucing yang sedia ada kat kampus tu je jadikan pet. :D


kalau binatang lain tu, rasenye no problem kot. asalkan tak menganggu. seperti kura-kura, ikan, hamster. ataupun tumbuh-tumbuhan kecil mcm aloe vera ke..


haha. teringat dekat seorang sister ni. roomate kawan. abang dye mintak tolong jagakan arnabnye, dye kne outstation. jadi sister ni pun jagakanlah. dikurung dalam bilik aja. hari ketiga, arnab tu berkelakuan pelik. diam semacam. memandangkan time tu da dekat finals and syllabus subjek pun dah habes dicover oleh lecturer, sister ni amek keputusan untuk bawak sekali pegi kelas hari tu. then bawak dye lompat2 dekat padang. lompat punye lompat, dye datang kat kaki sister tu. then tup, tumbang. mati. yang lawaknye, bila sis tu nak tanam. dye tinggal kejap dekat bawah smentara dye naik nak amek barang. bile turun balik, tengok dah hilang dah arnab tu. haha. ade orang tolong tanamkan la tu, insyaAllah ^_^


memang pilih uia ke? org kate uia nih 'strict' sikit
sejujur-jujurnya, tak, saya tak pilih uia. saya telah dijanjikan tempat ke uitm program asasi sains, tapi kemasukan jun ni. then dapat offer uia lebih awal. taktau kenapa, tergerak nak terima. saya amek itu sebagai satu petunjuk. dan saya terima.


kalau nak ikutkan, memang uia lebih strict dari matrik/kolej/uni lain. tapi 'strict' ni la yang buat saya rasa selesa. dan selamat. sekarang, saya lebih suka suasana di uia dari diluar. dan saya juga sudah temui hikmah bergelar student uia. sungguh, hikmah itu cukup indah :) and hey, look at the positif side, uia takde koko~ :D


pilih bio sc ke di offer bio sc? happy tak dengan course tu?
tak pilih, dapat offer.  happy. happy sangat. sebab ia mematangkan saya. dan disebabkan course ni jugak saya kenali org yg mungkin saya takkan kenal if saya dapat course lain. saya bahagia dengan hidup saya walaupun banyak ujian yg menimpa. saya percaya, setiap yg terjadi, ada hikmahnya
walaubagaimanapun. haaa, tu diaaa, happy bahagia bagai, tapi ada juga walaubagaimanapun tu. hehek. 
saya masih dalam pertimbangan untuk tukar course atau tidak. tengok dulu result pointers untuk sem lepas macam mana.


ceritalah kenangan2 sem lepas. nak bagi tambah semangat sikit.
kenangan memang cukup banyak. banyak sangat2. indah2 belaka. seronok jadi warga cfs iium :) ni antara kenangan sem 3, 2011/2012


·        Disoal siasat di depan seluruh class first time masuk lecture Biology. time tu lambat sikit masuk, terlepas 2 lecture classes. lecturer seakan marah sebab dah nak habes satu topic. alhamdulillah, dapat cover balik :)
·        Perbualan2 dengan lecturer Biology ketika masa consultation yang memang selalunya akan menyimpang sedikit dari Biology. Normally beliau akan sampaikan pesanan2 dan kongsikan apa yang didengarnya dari tazkirah radio ikim pada hari itu :)
·        Tidak tidur bermalam-malam demi menyiapkan assignment. Since first time tak tidur malam, dah terus jadi insomnia; tak boleh tidur awal! Sehinggalah sekarang. Paling awal dapat tidur pukul 1. ni pun da pukul 6 pagi. tak tidur lagi. huhu.
·        Tergelak terbahak-bahak ketika lecture sedang berjalan. Mujur duduk di baris terakhir sekali. Apabila lecturer memandang kearah saya, duduk meluncur lebih bawah je la yg dpt saya lakukan. *tragedy yang teramat lawak berlaku ketika ini. Malu nak cerita. hehek*
·        Tertidur betul-betul depan ustaz ketika kelas arab. Ustaz tegur dengan soalan yang berkaitan apa yg diajarnya, tapi dijawabnya saya, ‘boleh pegi tandas tak ustaz?’ huhu. Malu. Blur gila time tu.
·        Terjatuhkan kerusi ketika hendak keluar dari kelas. Dihadapan brothers. Malu lagi sekali.
·        Terbangun lewat dan miss physics lab session dan kelas arab. Pukul 1 baru sedar. Bangun2 tengok roommate dah balik. Boleh plak tanye, kelas cancel ke? Ingtkan baru pukul lapan lebih. Huhu.
·        Presentation UI. adela dalam 6 hari jugak baru dapat habis topic kami. yang pada mulanya berjalan dengan lancar tiba-tiba kecut segala nadi-nadi pada penghujungannya. Groupmates disebelah hairan sebab sebelumnya, saya yang bersemangat. sbenarnye rasa nak menangis. sebab malam sebelumnya tidur pukul 5 pagi, konon nak ready untuk hari last presentation. pagi tu bangun, try to recall untuk presentation, sedar2 tak ingat ape. kalut. dalam lecture biology sibuk baca nota presentation. tapi still gugup time present. but alhamdulillah la, markah tak teruk :)
·        Cubaan untuk lari dari oral arab serta tasmi’ UI. Hoho. Mana taknya, dua-dua pada hari yang sama. Cuak. Tapi cubaan berjaya menukarkan masa oral serta tasmi’ pada hari yang berlainan. :D
·       Buat tutorial last minit dengan kawan dekat bilik dye. Tapi mahallah lain. tup2 tengok dah pukul 1 lebih. malam tu terpaksa merempat di bilik orang :P
·        Masa-masa yang bila saya bertanyakan soalan2 yang bermain didalam fikiran saya kepada rakan-rakan. Pelbagai reaksi saya terima.
·        Paling tak dapat dilupakan, interview untuk jadi line-up committee of a society. Disebabkan nervous yang teramat, memang mengarut habis! Malu on the spot. Rase nak walk out jeh. Tapi tu dah macam biadap jadi duduk lah teruskan memalukan diri sendiri. Huhu.
·        Dan yang paling bes, orang-orang baru yang muncul dalam hidup saya. Ustazah2 serta ustaz2 yang banyak membantu dalam pencarian saya. Rakan-rakan yang although baru kenal beberapa bulan, dah sempoi2 belaka. bertambahla nickname dalam phonebook telefon... ada yang digunakan secara peribadi dan ada yang secara terbuka. Antara yang telah digunakan secara terbuka ialah: spongebob wa donald duck, nenek pizza, makcik gelabah, datin snowhite, mak datin, budak skema, belangkas a dan b. ^_^


Dan kenangan-kenangan lain yang dilalui bersama rakan-rakan. Reaksi2 muka epic mereka tidak akan pernah dilupakan. 




tu je kot antara soalan yg sering diajukan kepada saya. kalau ada yang terlepas pandang, sila bagitau. kalau ada soalan lagi, dialu-alukan untuk bertanya. :)


akhir kata,


Welcome to CFS IIUM.
'WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH, GUIDED BY QUR'AN AND SUNNAH'




signing off,
S.U

2 comments:

Inani Azizan said...

mcm knal ja dialog kat ats tuhh....:-D
thnks...

Manusia said...

haha. my pleasure ^_^