Saturday, 19 January 2013

BICARA RESULT

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[kredit]

result dah keluar. semalam. punya lah debar nak tengok, lebih 5 kali bukak portal. start lepas subuh dah bukak. walaupun dalam announcement cakap lepas pukul 5 petang.

tapi disebabkan ada complications, malam baru dapat bukak. bukak, tapi tak tengok. takut. takut dengan apa yang akan tertulis dalam slip. dan sebenarnya, memang ada firasat yang kuat sangat bahawa result saya tak berapa bagus.

pagi tadi, cuba lagi sekali untuk tengok result. lama duduk termenung depan skrin, masih teragak-agak nak tekan butang submit. tekan, tak tekan. tekan, tak tekan. fighting with myself, and at the same time weighing out all of the possiblities. akhirnya saya ambil keputusan untuk biar dulu.

tapi sejam kemudian duduk balik bersila depan laptop. calculator dan kertas disebelah. pen ditangan.

'ok, kalau kau dapat semua c... ini cgpa kau.'

'kalau semua a... ini cgpa kau.'

'bermakna cgpa kau in the range of these two.'

lama kertas tu ditatap.

'redah je la shera.'

perlahan-lahan nafas di tarik dan di lepas. sambil mata tertutup, exam slip di buka.

dan...?

saya jerit aarrggghhhhhhhhhhhhhhhhhh. bagi satu malaysia dengar. eh? haha.

takda la sampai ke tahap tu. haila, tak pasal2 femes pulak nanti. :P

saya sendiri tak tau apa perasaan saya time tengok result tu. rasa macam masa dihentikan pun ada juga. haha.

laptop ditutup. bangun, masuk bilik, dan tafsir quran di cari. untuk mencari kekuatan.

kekuatan untuk berdepan dengan ibu dan ayah.
kekuatan untuk berdepan dengan masyarakat.
kekuatan untuk berdepan dengan diri sendiri.

tertekan sebenarnya. bila ramai orang disekeliling expect saya bagus. tapi hanya saya yang sedar betapa 'bagus' nya saya.



'...Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui isi hatimu.' [QS 5:7]


result saya simpan kemas2 dalam diri. *eh, betul ke ayat ni? o.O* poyo je macam boleh bertahan simpan sorang-sorang. akhirnya tewas jugak.

'mak, result orang dah keluar.'

ketika itu mak tengah sibuk dengan mesen atm. memang sengaja pilih waktu sedemikian, supaya mak tak tanya bertubi-tubi. supaya saya dapat explain dengan sendirinya.

pointer untuk setiap subjek diberitahu. begitu juga gpa. last sekali cgpa. semuanya diceritakan dengan kepala tertunduk.

'mak, kalau next sem orang dapat semua 4 flat pun, cgpa orang cuma X.YZ je.'

diam. hanya mesin atm yang berbunyi. sempat lagi dalam hati cakap, 'aku cakap dengan mesin ni ke dengan mak aku ni?' mengarut sengsorang. ^^

but then she turned and gave advice insistently.

what attract my attention was the first sentence that came out of her mouth.

'bila awal-awal lagi cgpa dah jatuh, susah nak naikkan semula kan?'

memang, susah nak bangkit semula bila dah jatuh. lagi-lagi bila jatuh teruk. dan jatuh pada kali pertama percubaan. rasa hilang segala semangat. tapi kita perlu juga bangkit. takkan nak duduk je, tunggu orang hulurkan bantuan?

pada first sem dulu saya main-main. dan saya silap. yup, kesilapan yang teramat besar. sebab ia menjejaskan cgpa saya secara total, even if the gpa for the next sem is good.

tapi saya ada prinsip.

'nothing happens without a reason.'

ya, mungkin kalau saya tak main-main, my cgpa would be better. but who am I to know?

tapi mungkin kalau saya tak main-main, saya takkan sedar... dan takkan cuba sebaik yang boleh.

again, who am I to know? wallahua'lam.








kita hanya berusaha. tapi Allah yang menentukan.

tak sabar nak habiskan pengajian di cfs ni. nak buka page baru di main camp nanti. insyaAllah. mohon doa untuk saya. :)


-sorry for the language. saya rasa bm saya makin teruk. -,-


signing off,
S.U

2 comments:

ibrahsalami said...

betul, bila pointer awal2 dah jatuh, susah nak naik semula. huhu.

tp perjuangan belum tamat. fighting for the best! chaiyok !

keadaan kita sama, :D

Manusia said...

yeaahhh~!! haha. smangat ^^
untuk bangun perlu jatuh, kan. :)
fighting!