Friday, 22 March 2013

ADA APA PADA USRAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Usrah. Tau itu apa? dan apa itu?

ala, yang orang gather ramai2 duduk dalam bulatan berbincang perihal masalah negara tu... mcm parlimen.. 

oh, itu ke makna usrah. baru saya tahu -,-

saya tak pasti dalam kamus dewan bahasa ada tak perkataan usrah. sebabnya, saya tak memiliki sebijik kamus dewan pun. :P

maka saya pun meng-google. mafhumnya adalah seperti ini:
usrah adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga. ia adalah satu program tetap yang dihadiri oleh orang-orang yang kepingin memahami dan menghayati Islam. dan ya, kita duduk dalam bulatan. sebab itulah ia juga dipanggil bulatan gumbira. :)

alhamdulillah, semalam diberi kesempatan untuk berusrah walaupun saya datang lewat. pada mulanya terasa macam tak sempat disebabkan banyak perkara yang perlu dilakukan pada masa itu.

ketika itu diri terasa tersangatlah penat kerana terpaksa berkejaran. sumpah penat. penat yang melampau sampai otak teramat-amatlah blur. waktu disuruh bentangkan tentang isu semasa, saya tak dapat nak petik apa2 dari kotak minda. hanya dapat berdiam diri sambil senyum sumbing. kesian kak naqibah ku. huhu.

tapi dalam keadaan letih itu, Allah izinkan saya ditembak dengan kata2 naqibah. lagi dan lagi dan lagi. bertubi-tubi. membuatkan hati saya tunduk.

aman. tenang.

saya cintakan group usrah saya yang ini. sungguh. pengisian yang sentiasa berjaya membuatkan saya sentap, adik beradik usrah yang 'selamba', dan yang paling penting, emak usrah yang sempoi tapi sentiasa berhikmah. usrah menjadi sesuatu yang saya nanti-nantikan setiap minggu.

dan untuk saya sampai ke tahap ini bukan lah mudah. macam-macam benda yang saya lalui. dalam masa setahun sahaja, lebih lima group usrah yang dah pernah join. kalau anda fikir hebat, sila rendam kepala anda dalam baldi berisi air sejuk. setiap group usrah tersebut, saya hanya hadir untuk maximum 3 pertemuan. sebab? entahlah, mungkin caranya tak kena pada saya.

disebabkan saya banyak 'jumping' ada juga ahli2 usrah yang seterusnya memandang serong terhadap saya. oh ya, saya juga pernah dicuba untuk di'brainwash'kan tentang jemaah2 usrah... Allah.

dan dalam saya 'jumping' usrah di kampus, saya join usrah secara tetap dari rumah. berusrah dengan mereka yang dah berkerjaya, lain sikit suasananya. tapi disebabkan pengisian yang sentiasa mantop, saya kekal berusrah dengan 'senior'.

then, macam mana jumpa group usrah yang sekarang?

disebabkan saya sedang melalui semester saya yang terakhir, saya takut nak balik setiap minggu. maka saya minta supaya nama saya diberi kepada naqibah2 yang ada disini.

lah? pulak dah. nanti tak 'sesuai'?

saya kan suka ambil risiko. *double jerk* ok, poyo sebentar.

kalau tak 'on', join la balik group usrah kat rumah tu. hoho.

dan Allah takdirkan saya digroupkan dengan adik beradik yang osem, dan emak usrah yang hebat lagi superb. adik beradik serta naqibah saya kali ini mungkin yang ke enam atau ke tujuh. alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan group ini.

sangat-sangat sayang pada kalian. sebab kalian membuatkan diri ini lebih dekat dengan Allah.

usrah adalah sesuatu yang berharga. tapi bagi saya, kita hanya akan dapat rasa betapa berharganya usrah itu, kalau kita benar2 membuka hati untuknya. jika tidak, kita sekadar membuang masa, mendengar pengisian yang sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

kalau boleh, saya nak semua sahabat2 saya join usrah, nak mereka rasa apa yang saya rasa. sebab dengan berusrahlah, kita dikelilingi dengan orang hebat, rasa diri terjaga, hati kita sentiasa dalam keadaan tunduk dan simpulan aqidah kita semakin kuat.

jangan risau, usrah bukan sahaja sekadar mendengar celoteh naqibah. ada kala nya ia hanya sekadar beriftor bersama. atau outing sama2. macam2 lah. saya belajar pelbagai benda melalui usrah.

seminggu tanpa usrah? bagiku, itu bagaikan tak makan seminggu!

cuba bayangkan, orang yang tak makan nasi seminggu atau sebulan atau setahun. mesti dia lemah, mudah penat atau lagi teruk, sakit. kan? itulah keadaan iman saya kalau tak berusrah. kerana usrah adalah antara makanan ruji roh saya.

maka ada apa pada usrah? join dulu lah! ;)



ya, saya juga ahli pembina. ada masalah? mari kita berunding.




mohon, doakan saya kekal di atas jalan yang saya pilih ini.





signing off,

S.U

2 comments:

ibrahsalami said...

pembina :)

sape mak usrah?
moga thabat.

Manusia said...

hoho. biarlah rahsia~ ^_^

amin. terus doakan untuk saya noh. :D